Kalau nak cari yang sempurna, bukan disini. Pergilah cipta satu watak dan jadikan watak itu sesempurna yang kau inginkan. Aku, kau dan mereka tak sempurna di mata Tuhan. Ingat tu.

Tuesday 10 June 2014

#1

Assalamualaikum w.b.t

Hello and hi korang. Alhamdulillah aku dah pun selamat masuk Universiti. Rasa macam tak percaya je sekarang ni. Rasa macam mimpi kot. Banyak kali jugaklah aku lempang pipi sendiri sebab takut macam emmm adakah ini semua mimpi?! Kalau boleh, nak suruh orang lempangkan sekali tapi macam ahhh cancel cancel! Nanti orang yang nak lempang aku tu over pulak dia punya lempang. Sia-2 jeee pipi aku merah macam pakai blusher.


Bila melangkah masuk tu, rasa macam takde perasaan pun sebenarnyaaa hahahahaah. Aku cuma fiikir nak makan apa je kat sana nanti. Yelahh, kan tak boleh masak u.u sadis gila tauuuuu! Asyik nak kena beli makanan je. Rasa macam tengah melabur duit haaaaa. Nasib aku bawa stok makanan yang bolehlah hidup hahaahaha. Dekat sana, kitaorang cam duduk rumah ala-ala apartment gitu. Ada beranda semua cuma takde sinki kat dapur. Haaaaa nampak sangat depa tanak kasi kami masak. Bilik tandas semua okaylah. Dalam rumah aku ada 8 orang jaa. 3 bilik tidur dan 2 bilik air. 2 bilik tidur tu untuk dua orang. Satu lagi bilik tidur tu untuk 4 orang. Alhamdulillah, bilik tidur aku utk 2 orang sahaja. Ada katil, almari dengan meja belajar kat bilik tu dan yeahhh saya dapat bilik ni hahaha. Bilik yang lain semua, meja belajar kat ruang tamu sebab tak muat. Walaupun seksa nak naik turun tangga tiap hari sebab aku dapat tingkat lima. Tingkat paling atas sekali dan yang paling best, takde lif wehhhh takde lif ! Aku rasa kan macam cukup 3 tahun belajar kat sini, memang.... memang aku tinggal tulang je! Ahahaha. 

Alhamdulillah dapat housemates yang takde hal ahhhhhh bro! Memasing menggilosss cam apa je hahhaa. Dengan kawan sebilik si Alya ni haaa jangan dikata ah dia punya gila tu paling over! Ahahaha. Kehidupan kat u dengan sekolah lebih kurang jeeee weh sebenarnya. Beza dia cuma pakai baju bebas, kelas takdelah sepanjang masa sebab dalam masa sehari tu kekadang ada 3 kelas je kekadang. Perbezaan paling ketara sekali yang aku tengah rasa bila ada lelaki kat sini. Yelah, dulu kan sekolah gegirl je semuaaaa~ Kat sini ada laki pulak tetiba kan... Bila tengah belajar, dah biasa memekak dulu so sekarang dah tak boleh :(

Kat sini, korang kenalah bijak pilihan kawan! Haaaa tu penting tapi janganlah sampai tak berkawan langsung wehhhh. Tak kisahlah berkawan dengan sesape pun asalkan jangan terpengaruh dengan perkara negative. Paling penting, jangan tipu mak bapak! Cakap duit habis lah apa lah then minta parents bank in duit pastu ngko huhahuha enjoy dengan duit tu. Palooooo otak hang. Tak takut ke kalau tak berkat nanti? Lagi satu, betullah kata orang yang tayah lah nak bercinta zaman sekolah bagai sebab once kita dah masuk u, kita akan jumpa banyak lelaki. Tinggal pilih je hahahha tapi kalau pilih then cintaku bertepuk sebelah tangan pun macam tak berguna gak haha. Bila kat sini aku dah memang pasang niat awal-2 masa kali pertama jejakkan tayar kereta *macam over jeee* kat u yang kalau boleh tanak bercinta kat sini. Nampak betapa semangatnyaaa aku nak belajar? Hahahahahha..

Kita kena ingat yang peluang datang hanya sekali. So, kalau boleh janganlah sia-2 kan peluang yang ada ni. Dah dapat, buat betul-2. Takut nanti benda ni jadi sia-2. Haaa korang! Doakan aku eh kat sini. Terima kasih hehehehe

Act, nak cerita banyak lagi tapi masa tidak mengizinkan.... Sadis tak sadis tak??Hhahahaa. Okaylah,byeee! Assalamualaikum :D




Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

2 comments:

Unknown said...

huyohh ! huyohh ! bestnya zatyy dah masuk U . Btw good luck and all the best ya zaty :D

ZATY HANANI said...

hahhahha thank you farizaaa!

Post a Comment