Kalau nak cari yang sempurna, bukan disini. Pergilah cipta satu watak dan jadikan watak itu sesempurna yang kau inginkan. Aku, kau dan mereka tak sempurna di mata Tuhan. Ingat tu.

Sunday, 18 November 2012

BFF Dari Facebook

Assalamualaikum,
Sebelum start apa-2. Aku mengucapkan ribuan jutaan terima kasih untuk 'dia'.
Ilham untuk membuatkan cerpen pendek ini adalah dari 'dia'.
And, Alhamdulillah.. Cerpen ini terpilih untuk masuk dalam majalah SMK(P) Bukit Kuda, Klang. Majalah Jilid 14.

*****
'Best Friend Forever'?, soal Alia. 'Yelah! Best friend forever. Kawan selamanyaa!', balas Aqil.
Semenjak itu, mereka mulai rapat. Semuanya bermula dari Facebook. Di situlah mereka mula berkenalan, selalu bertegur, berkawan rapat, berkongsi cerita serta masalah dan akhirnya menjadi BFF.
Yaa, Best friend forever dari Facebook!

Mereka tidak selalu berjumpa. Maklumlah, seorang dari Klang dan seorang lagi dari Banting. Namun, semua itu tidak membataskan persahabatan mereka. Bagi mereka, tidak semestinya apabila seseorang itu berkawan rapat, mereka perlu selalu berjumpa. Lagipun, zaman sudah maju. Jadi, mereka hanya perlu menggunakan 'skype' untuk melihat wajah masing-masing.

Setelah beberapa bulan menjadi teman rapat, akhirnya mereka berjumpa buat kali pertamanya. Seorang banyak cakap mengalahkan mak nenekdan seorang lagi menjadi pendengar yang setia buat sahabatnya.

'Alia gendut!, Aqil mengejek. ' Apa gendut-gendut? Tak nampak ke Alia dah kurus sekarang haa?!', bidas Alia membela diri.
 'Hah? Apa? Kurus apanya? Makin gendut adalah!', balas Aqil yang mahu menang. Alia mulai bengang, dia membulatkan matanya. Kalah pontianak harum sundal malam lakonan Maya Karin dalam cerita itu.
'Err, awak.. Janganlah buat mata macam tu. Ta.. ta.. takut saya nak tengok!', Aqil mengejeknya lagi.
Kali ini, dia buat-buat gagap.
 'Ish! Asyik nak cari pasal aje! Tahu lah budak gendut ni gagapkan? Jadi, tak payahlah nak ajuk-ajuk!', bentak Alia . Sejujurnya, dia terasa dengan apa yang dilakukan Aqil.
Tidak pernah dia berharap untuk menjadi gagap. Tetapi, nak buat macam mana? Dah gagap, gagaplah jugakkan?
Aqil mulai risau. Niatnya hanya ingin bergurau dengan Alia. Aqil memohon maaf dan membuat muka 'mahalnya' pada Alia.
'Alolo, Alia ..Kita nak minta maaf ni', pujuk Aqil. 'Apa maaf-maaf? Raya lambat lagi',  jawab Alia sambil memandang Aqil dengan pandangan mata yang tajam. Alia memandang tepat pada mata Aqil. 'Okay, Aqil kalah! Mata Aqil terkelip tadi.', Alia berkata. Aqil tidak faham. Dia mengerutkan dahinya. Alia yang melihat riak wajah Aqil itu mula ketawa terbahak-bahak.

Tingkah lakunya serba tidak kena, sekejap berdiri dan sekejap duduk. Adakalanya, dia berjalan ke sana ke mari. Fikirannya tidak menentu. Aqil mulai risau akan Alia. Sejak kebelakangan ini, Alia seperti menjauhkan diri dari dia.
'Aliaa, mana Alia. Kenapa Alia makin menjauh dari Aqil?', rintih Aqil. Tidak lama selepas itu, Aqil mendapat satu panggilan. Hampir terjatuh telefon bimbitnya setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh si pemanggil tadi. Lantas Aqil mencapai kunci keretanya.

Aqil memandang sepi sekujur tubuh milik sahabat baiknya itu. Alia menghidapi penyakit yang bakal meragut nyawanya. Tanpa disedari, ada juraian air mata yang mengalir dari tubir matanya. Dia tidak sanggup melihat Alia yang sedang koma itu. Aqil hanya mampu berdoa..
'Ya Allah, kau selamatkan Alia dari penyakitnya ini. Aku tak bersedia untuk kehilangan dia..', sekali lagi air mata lelakinya gugur.

Aqil tertidur di sisi katil Alia. Kesan air mata Aqil, masih lagi ada di wajahnya. Sejam kemudian, Alia mulai sedar. Aqil yang terlihat Alia sudah pun membukakan matanya, terus sahaja dia memanjatkan kesyukuran.
'Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah!', jerit Aqil.
Aqil memandang wajah pucat Alia yang dari tadi asyik memandang akan wajah Aqil. Aqil dapat merasakan betapa peritnya penderitaan Alia ketika itu. Dia tidak sanggup melihat sahabatnya dalam keadaan begitu.

'Alia, Alia jangan tinggalkan Aqil!  Tolong Alia, tolong jangan pergi. Aqil tanak kehilangan Alia!', ujar Aqil separuh mengharap.
Alia tersenyum. Ya Allah, aku amat berterima kasih kerana kau telah memberikan aku sahabat sepertinya. Air matanya mula menitis..
'Aqil, setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. . Hidup mati, semua di tangan Allah', jelas Alia.
'Tapi, kenapa mesti Alia?!', soal Aqil. Aqil membiarkan air matanya mengalir. Alia terdiam. Alia mengambil kain yang ada di atas meja sisi d tepi katilnya. Dia mengelap air mata Aqil yang mengalir itu.
'Aqil, maafkan Alia sebab selalu cari pasal dengan Aqil. Selalu menyusahkan Aqil. Buat Aqil marah',
Alia tidak menjawab soalan yang diajukan kepadanya tadi.
'Dah lama Aqil maafkan Alia..', jawabnya mendatar.

Tiba-tiba, Alia merasakan sakit yang teramat sangat. Jantungnya berdegup kuat. 
Dia cuba untuk menahan kesakitan itu.  Dalam menahan kesakitan itu, dia cuba untuk mengukir senyuman.
Menyembunyikan sedikit rasa sakitnya daripada Aqil.
'Aqil! Kita BFF kan?', soal Alia yang masih dalam kesakitan.  'Bagi Aqil, Alia lah BFF Aqil!', ujar Aqil seikhlas hatinya. Alia tidak dapat menyembunyikan rasa sakitnya di sebalik senyumannya. Wajahnya benar-benar pucat. Aqil yang mula perasan akan riak wajah Alia yang cuba untuk menahan sakitnya itu, dia mulai risau.
'Alia!!  Jangan macam ni! Aqil sayang Alia.  Tolong, jangan tinggalkan Aqil. Bertahan Alia, bertahan!', jerit Aqil dalam tangisan. Air  mata mulai mengalir dengan deras tanpa di tahan.
'Aqil, take care of yourself. Jadilah anak yang soleh dan jangan lupa Allah ye?',  kata-kata Alia.

'Arghhhhhhh! Ya Allah!!', jerit Alia.
Kini, Alia benar-benar tidak dapat menahan sakitnya.
Nafasnya kian menentu. Sungguh sakitnya terasa sangat perit sekarang.
'Mengucap Alia, mengucap!', arah Aqil. Aqil mengucap, dan Alia menurutinyaa dengan perlahan.
Selasai sahaja dia mengucap, nafas telah terhenti. Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di samping rakan baiknya itu, Muhammad Aqil Zulhusni.
'Alia? Alia?', Aqil memanggil. Alia tidak menyahut. Barulah dia sedar bahawa rakan baiknya itu telah pergi.
Pergi untuk selamanya. Aqil  tidak dapat menahan tangisannyaa.
Dia terlalu sedih di atas pemergian sahabatnyaa.
'Aliaaaaaa!', teriak Aqil.

Doktor mula memasuki ruangan yang menempatkan Alia itu, diiringi dengan jururawat dan ahli keluarga Alia.
Jelas kelihatan kesan tangisan di setiap mata keluarga Alia. Masing-masing tidak dapat menerima hakikat bahawa Alia telah pergi meninggalkan mereka. Aqil sebak. BFFnya sudah pergi meninggalkannya.
Ingatannya bersama Alia mula menjelma. Ianya seolah-olah seperti baru sahaja berlaku.

'Alia, Alia lah BFF Aqil. BFF dari Facebook. Innalillahi wainna illahi rajiun', ujar Aqil dalam sebak.


********

Baiklah, cerpen di atas ada lah 100% karya Zaty Hanani Zulkifli.

Aku menulis cerpen ini di dalam buku. Berbaring di atas. Waktu itu, aku tengah texting dengan Muhammad Aqil Zulhusni.
Dan, dia semangnya BFF aku. Kami kenal dari Facebook dan mula rapat sejak 20 Nov 2011.
Esok, genap setahun kami berkawan rapat.
Sejujurnya, aku tidak membuat apa-apa rangka atas jalan cerita. Awal perceritaan, lebih ke arah aku dan Aqil. Pertengahan dan endingnya, adalah rekaan semata-2. Aku tulis dari hati. Aku menulis semuanya melalui imaginasi aku. Langsung tak terpikir nak buat ending macam mana. Aku hanya menulis dan menulis. Dan,  sewaktu aku menulis ni. Aku masih lagi texting dengan Aqil. Aku menangis sewaktu membuat cerita ini.

Muhammad Aqil Zulhusni, dia lah inspirasi aku untuk buat cerita ni.

P/S: Mohon maaf  sekiranya terdapat salah dalam segi tatabahasa. Ayat tunggang terbalik ke apa ke.
Aku ada ubah beberapa ayat dan menambahkan beberapa ayat juga . Setelah di touch-up buat kali terakhir.
Inilah hasilnya. Alhamdulillah :)


Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

Wednesday, 17 October 2012

A Friendship Never End



Assalamualaikum,
Hari ni aku nak cerita something tau tau. Act, dah lama nak cerita benda ni.
Tapi tapi, tuh lahh! Asyik ta sempat ajeee!

K, aku nak mulakan cerita dengan.. *bunyi drum*
My Friendship!
Hey, you know what? Me love them so much! :*
But, i'm so sorry because i didn't put their picture at here!
Tapi,sokay lah. Aku akan cerita dulu pasal dorang.

Noor Fazilah, Nor Najihah and Ria Lestari.
Muhammad Hamizan, Ahmad Syazwan, Muhammad Azrul and Muhammad Isyraf.


Well, if you guys perasan lah kan. Ada yang tade, ada yang baru dalam friendship aku ni.
Afif Zhafran? Dia dah pindah sch, so dah ta rapat sangat! *lap air mata*

Haaa! Ehem! Dalam friendship ni juga, ada yang dah in relationship tau!
Who who? Ahaha
First, Muhammad Hamizan with Noor Fazilah since June 2012.
Second, Ahmad Syazwan with Nor Najihah since September 2012.
Really hope that their relationship akan kekal sampai kahwin anak 12!
Me with Ria, Azrul and Isyraf still single! Ahaha.

Kami berlapan selalu whatsapp bersama! Dalam group whatsapp kitaorang lah.
Sumpah lawak! Tiap hari whatsapp dengan pelbagai topik dan pelbagai ragam. :D
K, sumpah ta bosan whatsapp dengan dorang sebab..
 AKU SAYANG DORANG! :*



Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum