Kalau nak cari yang sempurna, bukan disini. Pergilah cipta satu watak dan jadikan watak itu sesempurna yang kau inginkan. Aku, kau dan mereka tak sempurna di mata Tuhan. Ingat tu.

Monday 19 December 2011

When I Was A Little Zaty Hanani



Pada 12 Jun 1996 jam 5.45 pagi aku dilahirkan. Okayy. Berat aku time tuh, 2.2 kg. Ringan kan? Mama kata, aku lahir tak cukup bulan. Badan aku kecil je masa dilahirkan, sampaikan nenek aku takut nak dukung aku.



Walaupun badan aku kecil, tapi mama kata kan. Badan aku keras!



Tak lama lepas aku dilahirkan, aku kena masuk hospital. Sebab, aku ada sakit kuning. :'(
Kesian tak? Nampak tak muka kesian aku masa baby?

 Then, dah lama-lama tuh. Aku dah okayy! Yeahh! Nampak tak muka aku yang tengah senyum tu?
Comel tak? Comel tak?



Lepastu, aku pun belajar lahh nak berdiri, berjalan, bercakap, merangkak and macam-macam lagi lahh.


Disebabkan, aku anak pertama. Semua orang sayang aku. Aku dijaga dengan penuh kasih sayang.
Mama kerja, abah kerja. Tapi, tak kesah lahh. Sebab, aku ada yang jaga. Mak ngah aku yang jaga aku masa mama dengan abah tengah kerja. Lepas mama dengan abah balik kerja, mama amek lahh aku balik. Dia baik. Dia jaga aku, sampailahh umur aku 4 tahun.


Akhirnya, masa aku 11 bulan. Aku dahh pandai jalan! Mama kata, kalau aku jalan-jalan kat tasik.
Semua orang pandang, sebab badan aku kecil je. Almaklumlahh, lahir tak cukup bulan kan?







Tengok! Nampak tak tuh? Mama sayang aku. Hee

Ahaha. Kecil je aku kan? Masa ni, aku 11 bulan. Masa aku tengah jalan, semua orang pandang aku. Badan aku kecil je, tapi dah pandai jalan.

 
Sambil-sambil berjalan, aku suka usha-usha orang. Aku kan muka tatau malu!
Tengoklah tu, tah sape tahh budak tu yang aku kacau. Hee~






Sejak kecil, aku suka senyum! So, korang jangan tanyalahh eh kenapa aku suka senyum?
Semua orang, geram dengan aku. Sebab, aku comel. Suka senyum and cakap!



Bercakap pasal aku banyak cakap,
korang nak tahu tak, kenapa aku banyak cakap?
Okayy. Masa mama mengandungkan aku. Mama suka makan bontot ayam! Sape yang kenal aku, dia akan tahulahh. Aku kan, suka cakap tanpa henti.



Lepastu, aku tak reti duduk diam! Ada je benda yang nak di usiknya! Usik itulahh, usik inilahh!
Hee, kesian mama dengan abah kita.




Masa kecil-kecil ni, sorrylahh! I tak main dengan permainan budak-budak ni.
Mama tak kasi ohh.



Taraaa! Aku yang pakai baju purple tu tau! Tinggikan aku?
Masa ni, aku dah berapa tahun tahh. Lupa pula, nak tanya mama, Hee
Sape kata, budak lahir tak cukup bulan, badannya kecil je! Tengok? Aku tinggi okayy masa kecil.
Nampak tak budak yang pakau baju kurung bunga-bunga tuh? Dia tuh, tua setahun dari aku. Tapi, dari kecil sampai sekarang. Aku still tinggi dari dia. HAHA




Aww! Muka blur~
Masa ni, aku dah 6 tahun. Suka tengok beg harimau tau. Mana tahh beg tu hilangg. Dah lama aku tak jumpa.
Sayang ohh aku dengan beg tuhh! Hewhew




Saya dah sekolah tadika.
Tu dia, masa tuhh hari sukan. Kita masuk lumba lari tau awak. Kita menang! Dapat hadiah teddy bear. Hee

Masa aku darjah dua. Mak ngah dah meninggal. Hmmm, aku sedih gila weyh! Aku sayang gila kat arwah Mak Ngah. Aku ingat lagi, sebulan sebelum arwah meninggal. Aku mimpi, dia meninggal. Sekali, betul!




Eh, jap! Lupa nak bagitahu. Aku lahir pada hari yang sama dengan sepupu aku. Nama dia, Muhammad Amirul Naim. Kitaorang lahir, 12 Jun 1996. Tapi, lain masa lahh.



Masa kitaorang darjah dua. Kitaorang sambut birthday sesama dekat Melaka. Padan muka Naim, muka dia blur!


Ni masa kitaorang kecil. Naim lagi gemuk dari aku. Aku yang baju hitam tuhh. Omeyy tak kitaorang?





p/s: Fuhh, penat aku update entry kali ni. Kboii, heee. Khamis ni dapat result. Doakan aku eh?

Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum