Kalau nak cari yang sempurna, bukan disini. Pergilah cipta satu watak dan jadikan watak itu sesempurna yang kau inginkan. Aku, kau dan mereka tak sempurna di mata Tuhan. Ingat tu.

Wednesday 31 December 2014

31.12.2014


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, hari terakhir untuk tahun 2014 ni aku dapat meluangkan masa dengan kawan-kawan aku masa kerja dekat tol dulu.

Paling penting, iolls dapat tengok Terbaik Dari Langit wokeyyyyyy hahahah memang wajib tengok okay cerita tu!

Last minute plan nak ke SCM dengan dorang dan nasib baik semua free except my bby girl, Ria Lestari. Hahahaha okay malas ah nak taip panjang sebab nak balik kampung dah ni. So daaaa! Hehehe bye :)



























Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

Saturday 29 November 2014

Assalamualaikum w.b.t

Setelah sebulan, barulah aku rasa macam nak update blog. Kah! Dan, harini jugaklah aku akan balik ke Puncak Perdana. UiTM dihatiku ! Rasa malas tu memang ada ah. Paling malas bila aku nak angkut barang naik turun tangga sebab rumah aku tingkat 4.

Ko ghaseeee?!

Kira bersyukur ah gak en sebab last sem aku tingkat 5. Sekurangnya, this sem aku tingkat 4. Esok, bermulanya sem 2. Berdebar-debar jugaklah. Dupdap je jantung ni haaaa. Subject pun macam makin susah hahhaah. Takpe, usaha zaty. Chaiyokkkkk!

Harap dipermudahkan segala urusan. Amiin.
Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

Monday 6 October 2014

Together


Assalamualaikum w.b.t

Salam Aidiladha! Hehehehe. I tahu mesti rumah uollss tengah banyak stok daging yang dikorbankan. Confirmmmmmm punya ! Apa lagi, kenalah kita hadap lauk daging tiap hari sampai stok daging korban dah habis hahaahaha.

First raya, seperti kebiasaannya dah tentu-2 ah balik kampung kan? So, aku macam berharap gila yang aku akan balik Klang ahad jugak. Sebab aku nak keluar berjalan dengan kawan. Lama dah kot tak jumpa. Gila tak rindu?! So kami plan nak ke Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Lol, i'm not sure the real name of that place. Sebab macam banyak sangat nama. Lulzs. Bukit Cerakah lah Taman Botani lahhh. Yang aku tahu, tempat ni kat Shah Alam.

So, I naik dengan Razi (Abg Jie), Ria dan Mizan. Sementara Jiha dan Wan naik motor atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan di mana kereta Wan rosak. Yang penting, Alhamdulillah takde apa apa. 






Parking RM 3. Masuk RM 3 bagi dewasa (oh man, kami dah dewasa!). Kat sini, kalau nak berjalan kat dalam ni kau diberi tiga pilihan samada nak jalan kaki atau naik basikal sewa ataupun naik bas yang disediakan. Pilihan yang lain hm mungkin kau kena merangkak sepanjang masa. K, takk lawak. Hambar. Jadi, kitaorang amek basikal sewa. RM 10 for 1 hour. Dan RM1 untuk jam berikutnya.






Nampak tak muka excited? Mungkin cam agak jakun. Yaaaa, i know. Aku pun dah lama tak naik basikal. So, agak penatlah jugak. Memulaaa je excited. Sekali, jalannya macam berbukit kemain hm kau rasa? 




Ni lah dia hasil kayuhan kami yang tak seberapa. Sampai terduduk atas jalan. Dia punya penat tak terkata. Seksa nak kayuh. Maybe sebab dah lama tak kayuh. Kalau boleh baring atas jalan tu memang aku dah lama baring hahahha.


Kayuh sikit, stop. Kayuh sikit, stop. Maaflah, tak larat hm. Kesian Wan dengan Razi yang kena melayan kekasih hati memasing yang dah tak larat. Hahahahaha.




Okay anak anak, ini namanya tarian dangdut dan poco-poco. Rare tak rare? I pun tatau nape i pose camtu. Maybe nampak ayu kot kalau pose camtu? Maybe lah, maybe hmmmmmm.


Jiha dan Wan.


Razi dan Ria,

Nampak tak dia punya bersungguhnya tu?


Mizan.
Tak tahan punya pasal, kamiyang gegirl ni pun macam ' Nak balik!'. Sumpah tak larat doo. Nak air jeeee masatu. Jiha ngan Ria bebetul tak larat. Wan dengan Razi dah tentu-2 kena jaga dorang. So aku decide nak gerak turun dulu. Sebab aku fikir air jeeeee. Aku pun ajak Mizan chaww cincau dulu. Sepanjang kayuh, aku akan jerit suruh Mizan tunggu aku hahahah kejam tak? Kau kena faham keadaan aku ni kalau naik bukit camne. Dia macam umpama separuh jiwaku pergi gitu. Eh? Kalau tak larat, aku akan fikir nak balik cepat nak teh ais. Nak teh ais! Sampai je kat bawah, aku macam heaven gila! Terus pi lepak jap sambil minum air ngan Mizan sementara tunggu dorang yang lain.




Lepasje balik dari bukit cerakah, kitaorang gi makan kat seksyen 7 dan terus ke Klang Parade. Poieee karaoke dan bowling. Dahlah, malas nak cerita dah! Penat.Btw thanks korangggggg. Hehehe. Oh ya, lupa nak bagitahu yang Elah takde dalam ni sebab dia tak ikut. Haritu aku wc dia, katanya tak balik raya haji em.

Gambar penutup, mestilah kena ada gambar aku kan! Heheheheh



Assalamualaikum w.b.t


Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

Friday 26 September 2014

Chicken pox #2


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, aku dah boleh terima hakikat yang aku sememangnya kena chicken pox. Pada mulanya tak boleh terima hakikat sebab semestinya muka-aku-akan-ada-parut-atau-kesan-atau-apa-apa-sahaja-yang-berkaitan-dengannya. Dan, bukannya kesan parut tu semua akan ada dekat muka atau bahasa skemanya 'wajah' je. Tapi tapi dekat seluruh anggota badan.

Bila difikir balik, baik aku kena sekarang dari aku kena bila aku dah kerja atau dah kahwin nanti. Mau tak parah nanti? Orang kata kalau dah kena time dewasa lagi ahhhh sakit pastu macam parut tu susah hilang. Ha ha ha ha. Nanakkk ah susah hilang hm nanti jatuh saham iolls :(

Alhamdulillah, dah dua minggu berlalu. Buka mata tutup mata pastu buka balik mata tu (tanak guna ayat pejam celik sebab macam dah bosan)  dahhhh dua minggu aku kena chicken pox. Cepatnyaaaaa masa berlalu. Alhamdulillah aku takdelah sakit mana macam gatal sangat pastu takleh nak gerak sangat semua tu. I okayyyyy je cuma demam lah masa awal-2 kena.

Dalam tempoh seminggu pertama yang aku kena tu kan, patutnya aku kena kuarintin (betul ke aku eja ni) tapi aku still pergi class. Terpaksa k pergi terpaksa. Sebab ada test dan memang takleh tunda sebab minggu depannya dah final exam. Memang dengan muka aku yang Zzzzzzz aku pergi ulang alik uitm. Nasib baik dekat jeee dengan rumah aku. Oh yaaa, aku pakai mask pulak tu masa kat puncak. Terasa macam diri ini penjenayahhhhhhh.







Muka masa hari kelima kena chicken pox dan terpaksa ke uitm sebab ada role play dan listening test.

Lepastu masa hari khamis pula, aku ada ujian bertulis untuk Kesatria (koko). Thennnnnnn, kau bayangkanlah aku dengan pakai mask ni, kena duduk depan sekali dan mengadap dorang yang lain masa jawab ujian tu. Kena diasingkan hm. I malu sebab ramai yang pandang tapi haaaaa lantak lahh. Ahahahaa.

 Malam tu pula ada rehearsel untuk 'Pentas Tulis' sebab esoknya (Jumaat) dah kena buat persembahan dan nak tanak memang kena buat juga sebab ada markah. So, aku terpaksa tidur kat puncak.




Haaaaaaaa tengok tu! Time rehearsel tu pun aku kena pakai mask tau. Barulah rare kan! Aku, Alya, Shima dan Nabila kena baca  puisi dan setiap seorang dalam situasi yang berbeza. Macam aku, aku kena baca puisi dalam masa yang sama aku macam orang yang dah macam takde harapan nak hidup dah tanak hidup lah kiranya pastu aku gantung diri -.-





Nampak tak muka aku yang dah tanak hidup tu? Ish ishhhhhhhhhhhhh. Thanks Shima sebab make up kan aku.  Yang lagi tiga orang tu Shima, Alya dan Nabila. Dorang memasing juga ada situasi sendiri.






Yeayyyyyy dah nak sihat! Dah kering dah chicken pox aku hahahahha. Kalau nak tahu kannnnn,sebenarnya masa aku demam panas sebelum kena chicken pox.. Aku tak makan ubat. Masa kena chicken pox pun aku tak makan ubat. Hahahahaahaha teruknya perangai tapi nak buat camne, aku tak suka makan ubat. Masa kena chicken pox, aku cuma minum air kelapa pastu sapu ubat dan baring atas daun semambu yang abah letak bawah cadar aku.

So so sooooooooooo, ni jelah nak cerita hehehehhe. Byeeeeee awak awak awakkk :)
Oh yaaa! Aku tengah final exam ni. Selasa ni last paper. Dann cuti sem! 6 minggu cuti sem. Bulan 12 terus masuk sem 2. Alhamdulillah. Harap-2, aku dapat pointer 3.0 ke atas. Tanak repeat!

Doakan tauuuuu! Masehhhhhhh.

Assalamualaikum. 



Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

Monday 15 September 2014

Chicken Pox

 Assalamualaikum w.b.t

Okay sebelum apa-2, mari kita mulakan dengan surah Al-Fatihah.

Sooo hellooooooo manusia manusia sekalian  ( Ya Allah, biadapnya aku )
Korang tahu tak apa itu demam campak? Chicken pox?
Aku tatau apa beza dua benda alah ni tapi satu je nak cakap.

AKU BENCI GILA
Serius tak okay langsung, tak okay! Kenapa aku kena benda ni masa nak dekat final exam dan kau tahu tak act this week ada banyak test.
Nak nangis jeeeeeee rasa weh walaupun sebenarnya memang dah nangis senyap-2 hm.
Tapi, sapelah kita yang nak memporsoalkan apa yang ditetapkan Allah.
Fikir positive, ada hikmah ada hikmah.
Muka aku dan badan memang dah macam.. yeahh uolls semua tahu kan kalau dah kena chicken pox tentu-2 lah muka tu macam berparut macam berkudis.
Nak nangis. Risaulah nanti kekasih hati cabut lari kang hm.

At first, sehari sebelum aku rasa wokeyyyyy I sihat je haaa sampai boleh lepak dengan Acah kat gazebo. Berborak gitu sambil menikmati suasana hening malam. Acah ni salah sorang kawan rapat dengan Puncak. Esok paginya terus macam kepala berat, sakit badan dan panas dalam. Macam tanda-2 nak demam. Haaaa part ni best! Gua tahu guna nakdemam tapi sempat makan nasi lemak sambal sotong yang dibeli di cafe. Ah kesah pe akuuuuuuu!
Balik class terus macam okay dah demam yeayyyyy siap muntah nasi lemak tadi. Tidakkah kalian rasa ni semua satu pembaziran? Aku muntahkan balik makanan pagi tadi kotttttttt. Rezeki tu. RM4.50 kot! ( makanan kat cafe mahal ) K Zaty k.

Lepastu dengan tak laratnyaaaaaa, aku gi Wacana Seni pula. Disebabkan tak larat nak duduk lelama, aku balik dulu. Okay tak balik.. Gi klinik.
Pergi klinik camtulah check itu ini pastu doktor tu kata suhu aku 38. Aku macam ohhhhhhhh sebab tatau suhu tu tahap mana. Bebal tak aku? Doktor tu pun cakaplah yang suhu aku tinggi.
Doktor tu pun kasi ubat. Dan dia macam tahu-2 je aku tak makan hahahahahha.
Balik rumah, kesian housemate aku duk paksa aku makan lahhh makan ubat lahhhh. Alya paling kesian sebab dia sampai cari cool fever untuk aku waduhhhh  so sweet! Alya lah paling over yang paksa aku makan sampai nak suapkan nasi alolooooo.
Selepas kena paksa makan ubat oleh housemate dan diugut akan dirogol oleh mereka.
Tension punya pasal, aku terus sorok ubat tu pastu tidur hahahhha.
Tak pasal-2, aku kena chicken pox sekarang hmmmmm.
Sakitnya tak sangat. Tapi sakit hati je lah sebab kau rimas dengan benda ni pastu takleh makan itu ini. Zzzzz
Masuk ni dah 4 hari, aku harap-2 cepat sembuh sebab nak pi class. Ada test!
Doakan eh? Hehehehe

Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

Sunday 31 August 2014

Perjalanan.

Assalamualaikum.



Sepanjang perjalanan kita..
Kita tak tahu apa yang terjadi di hadapan.

Samada  jalan sesak ke?

Jalan lengang ke?

Ada kemalangan ke?

Ada  sekatan jalan? 


Begitu juga dalam hidup kita. Kita sendiri tak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan.
Pernah tak kita terfikir dalam masa 10 tahun akan datang ni, kita masih hidup atau tak?
Tipulah kalau kata tak pernah. Kita bukannya sentiasa hidup. Pasti mati. Cuma tak tahu bila.
Berjaya ke kita nanti?
Maksud aku, berjaya dalam kita mencapai apa yang kita impikan.
Apa yang kita impikan selama ni. Mungkin, cita-cita?
Sempat tak kita bahagiakan kedua ibu bapa kita?
Sempat tak kita buat mereka berdua bangga dengan kita dan mungkin.. sempat tak kita balas jasa kedua orang tua kita?
Statement paling banyak orang akan fikir

" Agak-agak sempat tak aku nak kahwin? "
Jangan ah gelakkan hmmmmmm. Benda betul kot. Sape je tak fikir pasal kahwin kan?
Semua orang pun nak kahwin. Aku pun nak kahwin ( ni kalau mama baca ni mesti mama kata aku gatal )

So? Dia macam emm kehidupan kita ni umpama satu perjalanan. Kita tak dapat nak agak apa yang akan terjadi dalam hidup kita pada masa hadapan.





Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

Sunday 20 July 2014

#6 Berpuasa

Assalamualaikum w.b.t
Rasanya macam dah lambat, tapi tak terlambat kan untuk aku ucapkan
Selamat Berpuasa! Salam Ramadhan!
Ehehehe, maaflah. Lagi seminggu nak raya, baru nak cakap selamat berpuasa semua hehehe.
Nampak tak kesibukan aku di sini? Hahaah padahal takdelah busy mana pun.
Berpuasa kat puncak ni memang rasa macam lain macam sebab ye lah kan..
Kau dah selalu sahur dengan berbuka dengan keluarga. Tapi sekarang? Haaa..
Rasanya macam tiap minggu aku balik masa bulan puasa hehheheeh. Save budget!
Aku paling malas nak pi beli makanan kat bazar, dining dengan cafe. Rasa macam kalau boleh kan, nak makanan dah tersedia depan mata. Tapi haaaaa kau! Jangan harap ehhh! Dekat sini semua buat sendiri. Sahur pun sendiri. Dah lah takleh masak kat sini hmmmmmm.
Kalau sahur, memang muka aku jugak yang kena dok kejut housemate yang lain. Terasa macam mak mak je kat sini tauuuu. Nak kejut depa, bukan senang... Mencabar keimanan betul. Kalau boleh, aku nak je lompat-2 atas badan dorang kan. Biaq depa terus bangun hahahah.
Yang penting, aku dah set kat kepala otak aku yang next week dah raya. Nak raya!
Walaupun assignment dah start menimbun. Dengan kena buat drama skrip lagi, tapi kesahhhh pe aku hehehe.
Yang penting, raya, duit raya dan makan hehehehe.
Walaupun cuti raya terhad. Aku harap dalam masa seminggu tu dapat jumpa kawan masa sekolah dengan kawan masa kerja kat tol hehehehe.





Selamat berpuasa !
Assalamualaikum w.b.t



Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

Saturday 28 June 2014

#5

Assalamualaikum w.b.t

Menulis. Aku risau. Menulis ni besar bidangnya. Kau boleh jadi macam-2.
Menulis ni tak mudah seperti yang aku bayangkan. Sukar.
Tapi, ini jalan yang aku pilih. Ini yang aku impikan satu masa dahulu. Dah bertahun aku minat menulis.
Walaupun aku tahu, aku tahu ayat aku tak cukup puitis kekadang. Tak cukup cantik. Tak cukup hebat.
Paling teruk, ayat tunggang langgang. Sebab aku tahu, tatabahasa aku kurang.
Kalau dulu, suka conteng buku. Tulislah apa-apa. Asalkan aku menulis.
Tapi, kalau part karangan. Memanglah best! Favourite tu..
Aku lebih suka pada cerpen. Tapi, sepanjang aku belajar kat sini.. Aku akan belajar semuanya.
Puisi? Sajak? Pantun? Syair? Lirik lagu?
Banyak lagi lah benda yang akan aku belajar. Semua aku akan belajar.
Nak menangis pun ada jugak sebab aku zero untuk yang lain. Tak reti. Tapi takpe, nanti kan diajar.
Takat ni takde lagi rasanya budak writing yang mati sebab pecah kepala. Alhamdulillah, aku tengok akak dan abang senior semua sihat sejahtera je yang amek writing ni.
In shaa Allah semuanya akan jadi mudah nanti. Ini yang aku nak kan? Kena belajar!



Kalau dulu, aku menulis pakai tangan. Ameklah mana-2 kertas atau buku pastu menulis. Tulislah apa pun. Bila dah sambung belajar, still guna cara yang sama. Menulis pakai tangan dulu. Baru lah menaip. 



Alhamdulillah, rezeki. Aku dah ada laptop sendiri. Tayah pakai komputer yang ada kat rumah ni lagi. Laptop lama pun dah 'jahanam' even baru pakai tak sampai 3 tahun. Harap-2, laptop ni kekal lama hehehehehe.

Lecturer pernah tanya, siapa yang ada blog? Sebab, bila kita ada blog. Secara tak langsung, kita akan rasa nak menulis.. So, takdelah beku sangat otak tu kan? Heheheeh.  Nanti takdelah terkejut jugak bila kena buat assignment panjang berjela.. Lagi-2 untuk budak writing.. Budak writing memang kena banyak menulis. Orang pernah cakap 'Skema gila kau amek writing dooo'.Cam kwajaaaa je ayat ngkoooo en. Kang aku sagat muka kau kat tar kang sia-2 riwayat hidup kau. Aku tengok senior aku hipster jeeee walaupun budak writing. Takdelah skema sangat.

Sebenarnya aku macam tercabar bila tengok dorang yang sama course dengan aku ni. Sebab dorang macam lagi hebat. Paling jealous bila dorang punya speaking tu haa superb. Aku ni english pun tunggang langgang. Camne nak berkarya nanti? Em, takpe. Kita belajar! Semua orang ada kelebihan memasing. Think positive. So, kau kena usaha lebih sikit Zaty kalau nak berjaya dan kejar impian kau yang setinggi langit tu.

Doakan kejayaan aku wokeyyyyy hehehe. Assalamualaikum.


Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum