Kalau nak cari yang sempurna, bukan disini. Pergilah cipta satu watak dan jadikan watak itu sesempurna yang kau inginkan. Aku, kau dan mereka tak sempurna di mata Tuhan. Ingat tu.

Monday, 6 October 2014

Together


Assalamualaikum w.b.t

Salam Aidiladha! Hehehehe. I tahu mesti rumah uollss tengah banyak stok daging yang dikorbankan. Confirmmmmmm punya ! Apa lagi, kenalah kita hadap lauk daging tiap hari sampai stok daging korban dah habis hahaahaha.

First raya, seperti kebiasaannya dah tentu-2 ah balik kampung kan? So, aku macam berharap gila yang aku akan balik Klang ahad jugak. Sebab aku nak keluar berjalan dengan kawan. Lama dah kot tak jumpa. Gila tak rindu?! So kami plan nak ke Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Lol, i'm not sure the real name of that place. Sebab macam banyak sangat nama. Lulzs. Bukit Cerakah lah Taman Botani lahhh. Yang aku tahu, tempat ni kat Shah Alam.

So, I naik dengan Razi (Abg Jie), Ria dan Mizan. Sementara Jiha dan Wan naik motor atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan di mana kereta Wan rosak. Yang penting, Alhamdulillah takde apa apa. 






Parking RM 3. Masuk RM 3 bagi dewasa (oh man, kami dah dewasa!). Kat sini, kalau nak berjalan kat dalam ni kau diberi tiga pilihan samada nak jalan kaki atau naik basikal sewa ataupun naik bas yang disediakan. Pilihan yang lain hm mungkin kau kena merangkak sepanjang masa. K, takk lawak. Hambar. Jadi, kitaorang amek basikal sewa. RM 10 for 1 hour. Dan RM1 untuk jam berikutnya.






Nampak tak muka excited? Mungkin cam agak jakun. Yaaaa, i know. Aku pun dah lama tak naik basikal. So, agak penatlah jugak. Memulaaa je excited. Sekali, jalannya macam berbukit kemain hm kau rasa? 




Ni lah dia hasil kayuhan kami yang tak seberapa. Sampai terduduk atas jalan. Dia punya penat tak terkata. Seksa nak kayuh. Maybe sebab dah lama tak kayuh. Kalau boleh baring atas jalan tu memang aku dah lama baring hahahha.


Kayuh sikit, stop. Kayuh sikit, stop. Maaflah, tak larat hm. Kesian Wan dengan Razi yang kena melayan kekasih hati memasing yang dah tak larat. Hahahahaha.




Okay anak anak, ini namanya tarian dangdut dan poco-poco. Rare tak rare? I pun tatau nape i pose camtu. Maybe nampak ayu kot kalau pose camtu? Maybe lah, maybe hmmmmmm.


Jiha dan Wan.


Razi dan Ria,

Nampak tak dia punya bersungguhnya tu?


Mizan.
Tak tahan punya pasal, kamiyang gegirl ni pun macam ' Nak balik!'. Sumpah tak larat doo. Nak air jeeee masatu. Jiha ngan Ria bebetul tak larat. Wan dengan Razi dah tentu-2 kena jaga dorang. So aku decide nak gerak turun dulu. Sebab aku fikir air jeeeee. Aku pun ajak Mizan chaww cincau dulu. Sepanjang kayuh, aku akan jerit suruh Mizan tunggu aku hahahah kejam tak? Kau kena faham keadaan aku ni kalau naik bukit camne. Dia macam umpama separuh jiwaku pergi gitu. Eh? Kalau tak larat, aku akan fikir nak balik cepat nak teh ais. Nak teh ais! Sampai je kat bawah, aku macam heaven gila! Terus pi lepak jap sambil minum air ngan Mizan sementara tunggu dorang yang lain.




Lepasje balik dari bukit cerakah, kitaorang gi makan kat seksyen 7 dan terus ke Klang Parade. Poieee karaoke dan bowling. Dahlah, malas nak cerita dah! Penat.Btw thanks korangggggg. Hehehe. Oh ya, lupa nak bagitahu yang Elah takde dalam ni sebab dia tak ikut. Haritu aku wc dia, katanya tak balik raya haji em.

Gambar penutup, mestilah kena ada gambar aku kan! Heheheheh



Assalamualaikum w.b.t


Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum