Kalau nak cari yang sempurna, bukan disini. Pergilah cipta satu watak dan jadikan watak itu sesempurna yang kau inginkan. Aku, kau dan mereka tak sempurna di mata Tuhan. Ingat tu.

Friday 26 September 2014

Chicken pox #2


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, aku dah boleh terima hakikat yang aku sememangnya kena chicken pox. Pada mulanya tak boleh terima hakikat sebab semestinya muka-aku-akan-ada-parut-atau-kesan-atau-apa-apa-sahaja-yang-berkaitan-dengannya. Dan, bukannya kesan parut tu semua akan ada dekat muka atau bahasa skemanya 'wajah' je. Tapi tapi dekat seluruh anggota badan.

Bila difikir balik, baik aku kena sekarang dari aku kena bila aku dah kerja atau dah kahwin nanti. Mau tak parah nanti? Orang kata kalau dah kena time dewasa lagi ahhhh sakit pastu macam parut tu susah hilang. Ha ha ha ha. Nanakkk ah susah hilang hm nanti jatuh saham iolls :(

Alhamdulillah, dah dua minggu berlalu. Buka mata tutup mata pastu buka balik mata tu (tanak guna ayat pejam celik sebab macam dah bosan)  dahhhh dua minggu aku kena chicken pox. Cepatnyaaaaa masa berlalu. Alhamdulillah aku takdelah sakit mana macam gatal sangat pastu takleh nak gerak sangat semua tu. I okayyyyy je cuma demam lah masa awal-2 kena.

Dalam tempoh seminggu pertama yang aku kena tu kan, patutnya aku kena kuarintin (betul ke aku eja ni) tapi aku still pergi class. Terpaksa k pergi terpaksa. Sebab ada test dan memang takleh tunda sebab minggu depannya dah final exam. Memang dengan muka aku yang Zzzzzzz aku pergi ulang alik uitm. Nasib baik dekat jeee dengan rumah aku. Oh yaaa, aku pakai mask pulak tu masa kat puncak. Terasa macam diri ini penjenayahhhhhhh.







Muka masa hari kelima kena chicken pox dan terpaksa ke uitm sebab ada role play dan listening test.

Lepastu masa hari khamis pula, aku ada ujian bertulis untuk Kesatria (koko). Thennnnnnn, kau bayangkanlah aku dengan pakai mask ni, kena duduk depan sekali dan mengadap dorang yang lain masa jawab ujian tu. Kena diasingkan hm. I malu sebab ramai yang pandang tapi haaaaa lantak lahh. Ahahahaa.

 Malam tu pula ada rehearsel untuk 'Pentas Tulis' sebab esoknya (Jumaat) dah kena buat persembahan dan nak tanak memang kena buat juga sebab ada markah. So, aku terpaksa tidur kat puncak.




Haaaaaaaa tengok tu! Time rehearsel tu pun aku kena pakai mask tau. Barulah rare kan! Aku, Alya, Shima dan Nabila kena baca  puisi dan setiap seorang dalam situasi yang berbeza. Macam aku, aku kena baca puisi dalam masa yang sama aku macam orang yang dah macam takde harapan nak hidup dah tanak hidup lah kiranya pastu aku gantung diri -.-





Nampak tak muka aku yang dah tanak hidup tu? Ish ishhhhhhhhhhhhh. Thanks Shima sebab make up kan aku.  Yang lagi tiga orang tu Shima, Alya dan Nabila. Dorang memasing juga ada situasi sendiri.






Yeayyyyyy dah nak sihat! Dah kering dah chicken pox aku hahahahha. Kalau nak tahu kannnnn,sebenarnya masa aku demam panas sebelum kena chicken pox.. Aku tak makan ubat. Masa kena chicken pox pun aku tak makan ubat. Hahahahaahaha teruknya perangai tapi nak buat camne, aku tak suka makan ubat. Masa kena chicken pox, aku cuma minum air kelapa pastu sapu ubat dan baring atas daun semambu yang abah letak bawah cadar aku.

So so sooooooooooo, ni jelah nak cerita hehehehhe. Byeeeeee awak awak awakkk :)
Oh yaaa! Aku tengah final exam ni. Selasa ni last paper. Dann cuti sem! 6 minggu cuti sem. Bulan 12 terus masuk sem 2. Alhamdulillah. Harap-2, aku dapat pointer 3.0 ke atas. Tanak repeat!

Doakan tauuuuu! Masehhhhhhh.

Assalamualaikum. 



Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

Monday 15 September 2014

Chicken Pox

 Assalamualaikum w.b.t

Okay sebelum apa-2, mari kita mulakan dengan surah Al-Fatihah.

Sooo hellooooooo manusia manusia sekalian  ( Ya Allah, biadapnya aku )
Korang tahu tak apa itu demam campak? Chicken pox?
Aku tatau apa beza dua benda alah ni tapi satu je nak cakap.

AKU BENCI GILA
Serius tak okay langsung, tak okay! Kenapa aku kena benda ni masa nak dekat final exam dan kau tahu tak act this week ada banyak test.
Nak nangis jeeeeeee rasa weh walaupun sebenarnya memang dah nangis senyap-2 hm.
Tapi, sapelah kita yang nak memporsoalkan apa yang ditetapkan Allah.
Fikir positive, ada hikmah ada hikmah.
Muka aku dan badan memang dah macam.. yeahh uolls semua tahu kan kalau dah kena chicken pox tentu-2 lah muka tu macam berparut macam berkudis.
Nak nangis. Risaulah nanti kekasih hati cabut lari kang hm.

At first, sehari sebelum aku rasa wokeyyyyy I sihat je haaa sampai boleh lepak dengan Acah kat gazebo. Berborak gitu sambil menikmati suasana hening malam. Acah ni salah sorang kawan rapat dengan Puncak. Esok paginya terus macam kepala berat, sakit badan dan panas dalam. Macam tanda-2 nak demam. Haaaa part ni best! Gua tahu guna nakdemam tapi sempat makan nasi lemak sambal sotong yang dibeli di cafe. Ah kesah pe akuuuuuuu!
Balik class terus macam okay dah demam yeayyyyy siap muntah nasi lemak tadi. Tidakkah kalian rasa ni semua satu pembaziran? Aku muntahkan balik makanan pagi tadi kotttttttt. Rezeki tu. RM4.50 kot! ( makanan kat cafe mahal ) K Zaty k.

Lepastu dengan tak laratnyaaaaaa, aku gi Wacana Seni pula. Disebabkan tak larat nak duduk lelama, aku balik dulu. Okay tak balik.. Gi klinik.
Pergi klinik camtulah check itu ini pastu doktor tu kata suhu aku 38. Aku macam ohhhhhhhh sebab tatau suhu tu tahap mana. Bebal tak aku? Doktor tu pun cakaplah yang suhu aku tinggi.
Doktor tu pun kasi ubat. Dan dia macam tahu-2 je aku tak makan hahahahahha.
Balik rumah, kesian housemate aku duk paksa aku makan lahhh makan ubat lahhhh. Alya paling kesian sebab dia sampai cari cool fever untuk aku waduhhhh  so sweet! Alya lah paling over yang paksa aku makan sampai nak suapkan nasi alolooooo.
Selepas kena paksa makan ubat oleh housemate dan diugut akan dirogol oleh mereka.
Tension punya pasal, aku terus sorok ubat tu pastu tidur hahahhha.
Tak pasal-2, aku kena chicken pox sekarang hmmmmm.
Sakitnya tak sangat. Tapi sakit hati je lah sebab kau rimas dengan benda ni pastu takleh makan itu ini. Zzzzz
Masuk ni dah 4 hari, aku harap-2 cepat sembuh sebab nak pi class. Ada test!
Doakan eh? Hehehehe

Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum