Kalau nak cari yang sempurna, bukan disini. Pergilah cipta satu watak dan jadikan watak itu sesempurna yang kau inginkan. Aku, kau dan mereka tak sempurna di mata Tuhan. Ingat tu.

Saturday 28 June 2014

#5

Assalamualaikum w.b.t

Menulis. Aku risau. Menulis ni besar bidangnya. Kau boleh jadi macam-2.
Menulis ni tak mudah seperti yang aku bayangkan. Sukar.
Tapi, ini jalan yang aku pilih. Ini yang aku impikan satu masa dahulu. Dah bertahun aku minat menulis.
Walaupun aku tahu, aku tahu ayat aku tak cukup puitis kekadang. Tak cukup cantik. Tak cukup hebat.
Paling teruk, ayat tunggang langgang. Sebab aku tahu, tatabahasa aku kurang.
Kalau dulu, suka conteng buku. Tulislah apa-apa. Asalkan aku menulis.
Tapi, kalau part karangan. Memanglah best! Favourite tu..
Aku lebih suka pada cerpen. Tapi, sepanjang aku belajar kat sini.. Aku akan belajar semuanya.
Puisi? Sajak? Pantun? Syair? Lirik lagu?
Banyak lagi lah benda yang akan aku belajar. Semua aku akan belajar.
Nak menangis pun ada jugak sebab aku zero untuk yang lain. Tak reti. Tapi takpe, nanti kan diajar.
Takat ni takde lagi rasanya budak writing yang mati sebab pecah kepala. Alhamdulillah, aku tengok akak dan abang senior semua sihat sejahtera je yang amek writing ni.
In shaa Allah semuanya akan jadi mudah nanti. Ini yang aku nak kan? Kena belajar!



Kalau dulu, aku menulis pakai tangan. Ameklah mana-2 kertas atau buku pastu menulis. Tulislah apa pun. Bila dah sambung belajar, still guna cara yang sama. Menulis pakai tangan dulu. Baru lah menaip. 



Alhamdulillah, rezeki. Aku dah ada laptop sendiri. Tayah pakai komputer yang ada kat rumah ni lagi. Laptop lama pun dah 'jahanam' even baru pakai tak sampai 3 tahun. Harap-2, laptop ni kekal lama hehehehehe.

Lecturer pernah tanya, siapa yang ada blog? Sebab, bila kita ada blog. Secara tak langsung, kita akan rasa nak menulis.. So, takdelah beku sangat otak tu kan? Heheheeh.  Nanti takdelah terkejut jugak bila kena buat assignment panjang berjela.. Lagi-2 untuk budak writing.. Budak writing memang kena banyak menulis. Orang pernah cakap 'Skema gila kau amek writing dooo'.Cam kwajaaaa je ayat ngkoooo en. Kang aku sagat muka kau kat tar kang sia-2 riwayat hidup kau. Aku tengok senior aku hipster jeeee walaupun budak writing. Takdelah skema sangat.

Sebenarnya aku macam tercabar bila tengok dorang yang sama course dengan aku ni. Sebab dorang macam lagi hebat. Paling jealous bila dorang punya speaking tu haa superb. Aku ni english pun tunggang langgang. Camne nak berkarya nanti? Em, takpe. Kita belajar! Semua orang ada kelebihan memasing. Think positive. So, kau kena usaha lebih sikit Zaty kalau nak berjaya dan kejar impian kau yang setinggi langit tu.

Doakan kejayaan aku wokeyyyyy hehehe. Assalamualaikum.


Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

Friday 27 June 2014

#4 Malam Gala


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Dah selesai dah pun semua.
25 Jun baru2 ni, U tempat aku belajar ada buat Malam Gala khas untuk pelajar FiTA.
Fakulti Filem, Teater dan Animasi. Sebelum berlangsungnya Malam Gala, kami junior part 1 ada Midas5.0 yang dihandle oleh pelajar senior part 5. Alhamdulillah semua okay. Happy sangat sebab kenal dengan senior-2. Tapi dugaan asyik datang. Tatau lah kenapa. Tatau apa salah kami semua. Sebak rasanya bila benda ni berlaku. Kami tak dapat habiskan Midas atas sebab tertentu. Kecewa. Bila kami dipandang macam tanak dipandang.. Sedih tau. Bila yang lain mula memerli dan bertanyakan soalan yang tak dapat kami nak jawab.. Walaupun bukan salah kami, kami jugak yang terpaksa hadapi.

Midas dihentikan. Apa kau rasa bila jadi camni? Saat dimana kami mula rapat dengan senior dan kawan-2 yang lain, kenapa benda ni terjadi? Sedih. Maafkan kami. Kerana menghancurkan segalanya. Alhamdulillah, Malam Gala tetap diteruskan. Kami disini tetap akan membuat persembahan untuk malam gala. Kami akan buktikan! Because we are Ferrari! Susah sebenarnya untuk memujuk hati orang yang sedang marah, sedih , kecewa dan hampa. Tapi, setiap dugaan yang datang menimpa pasti ada hikmah. Mungkin ada sinar yang akan hadir.

Kami dibenarkan untuk membuatkan latihan bersama senior part 5. Terima kasih akak abang yang sudi menerima kami semua kembali. Terima kasih sesangat. Saat akak abang menyokong kami, memberi tunjuk kepada kami dan segala kenangan yang ada pasti akan saya simpan dalam ingatan.

Group aku, ELITE kena buat tarian Kpop lagu Super Junior. Nak nangis je rasa. Aku mana layan lagu kpop semua ni. Tapi sebab nak buktikan, aku belajar! Pada awalnya, memang agak kaku ah kan rasa nak menari tu sampai kaki tangan pinggang belakang semua sakit. Cam orang tua dah aku rasa. Lama-2 alhamdulillah okay walaupun aku menari laju hahahahahahha okay sorry-2.






















Dugaan masa nak practise pun boleh tahan gakkkkk. Bila kena tegur tu haa nak nangis je rasa. Tapi, ni semua untuk kebaikan kita gak. Thank you Acap sebab kau jadi ketua yang baik dan sangat pemurah sebab asyik belanja kitaorang air heheheh. Kau pun sabar je dengan kitaorang yang seribu macam perangai. Maafkan kitaorang weh sebab kitaorang ah, kau menangis. Kekadang rasa cam nak baling kerusi meja semua bila kau cari pasal dengan aku err kwajaaa ah acap. Inna, terima kasih sebab edit video untuk kitaorang memahamkan diri sendiri camne nak menari kpop haha almaklumlah, saya ni tak layan lagu kpop hmmm. Dari step yang susah, kau jadikan senang.Sabar dengan perangai kitaorang lagi haaa. Thanks Inna dan Acap sebab ajar kami menari. Dengan step yang korang ajar tah camne korang boleh menari kpop pun aku tatau.

Tak lupa jugak kepada ahli group yang lain. SR, Finaz, Alynn, Zata, Tasha, Fifa, Atikah, Aji, Faiz dan Harith. Thanks sebab kita semua sama-2 berusaha untuk persembahan pada malam gala. Pada akak dan abang senior pun samaaaaaaa! Kak Sha, Kak Shuhada, Kak LJ, Kak Salmah, Abang Shah, Abang Op, Abang Zakwan, Abang Anas di atas tunjuk ajar, teguran semua tu lah. Terima kasih sangat-2.




Rasa puas sangat masa Malam Gala tu bila kitaorang menari. Memang kitaorang dah all out dan enjoy habis ahhhh. Ni semua untuk balas budi akak abang semua! Heheheh. Dengan kitaorang menari siap jatuh terbaring pastu menari sambil pegang tepung lagi haaaaa. Rasa macam woww gitu bila penonton enjoy dengan perfomance kami sampai ada yang ikut menari sama kat bawah hahahaha. Dengan tepukkan yang kuat dan nampak ah muka dorang enjoy.  Paling terkejut bila dorang nak kitaorang buat lagi sekali persembahan hahahaa tapi maafkan kami sebab ada lagi 11 kumpulan yang menarik tertarik akan buat persembahan hehehe




Bersyukur sangat bila kami dah diiktiraf sebagai family FiTA dan walaupun kami dah ubah adat.. Tapi kami dah berjaya buat sesuatu yang bermakna untuk Malam Gala. Secara tak langsung, benda ni semua dah berjaya buat kami kenal antara satu sama lain dan rapat secara tak langsung. Alhamdulillah.


Assalamualaikum. FiTA the best !

Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

Thursday 19 June 2014

#3

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah 19 hari aku belajar kat UiTM Puncak Perdana.  Makin lama makin busy dengan assignment dan program yang ada. Tapi takat ni baru ada dua assigment lah! Ahaha ayat macam banyak je kan? Dulu aku macam emmmmm tak yakin dengan fakulti ni. Tapi sekarang? I'm totally sure! Yakin dengan fakulti ni. Lagi-2, bila dekan kata Fakulti Filem Teater dan Animasi ni tempat yang teratas antara fakulti-2 di UiTM!

Masa memula masuk, terus ada MDS. MDS ni macam kiranya orientasi lahh kan. Then terus ada Minggu Karyaone. Which is kitaorang semua budak part 1 diploma wajib join. Lima hari gak ah untuk minggu karyaone tu. And now? Minggu MIDAS dimana kita akan berkenalan dengan rapat senior-2. Alhamdulillah takat ni akak senior wokeyyyyy heehhehheeh. Dan sekarang tengah buat persediaan persembahan untuk malam gala next week!

Class pun macam nak tanak je ada sebab asyik class dibatalkan. Tapi this week, alhamdulilah kelas dah ada dan assignment pun bermula......  Hari demi hari berlalu, alhamdulillah makin banyak kawan. Aku jugak dah mula biasakan diri buat semua benda sendiri. Tak  mengharapkan orang lain.
Rindu mama abah. Rindu Dinie. Rindu Nabil dan adik. Dah seminggu lebih tak balik hm. Rindu masakan mama. Terima kasih abah dan mama sebab hantar makanan kat along dan housemates along haritu sebab along tak dapat balik. Masehhhhhhh hehe. This week nak balik sangat. Rindu sangat dah ni hm. Hari-2 whatsapp mama pun still rindu lagi emmmmmm. Tapi entah dapat balik ke tak minggu ni....


Assalamualaikum.

Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

Thursday 12 June 2014

#2





Assalamualaikum w.b.t

Okay sebenarnya kan kan kan harini kan kan kan birthday saya! Wokeyyyy, sebenarnya rasa cam pelik sikit bila takde kat rumah masa hari lahir aku :( Eh pelik banyak, pelik banyak! Paling tak best bila masa birthday aku, pepagi lagi aku dah kena gerak UiTM Shah Alam. Dahhh ah tak cukup tidur tahu tak ! Dahlah rindu mama dengan abah hmmmm. Mama! Abah! :(

Bila kat sana, haaaaaa cerita dia memang aku rasa macam asdfghjkl sikit sebab majlis lambat start. Rasa cam nak makan orang je tau. Dah lah lapar tau sebenarnyaaa masatu. Kalau boleh dah makan orang, dah lama aku makan sorang sorang haaaaa. Then, yang duduk kat seat sebelah aku cuma housemates aku jee. Dorang pulak acah2 nak pi cafe, sekali ........... tinggal daku sendirian. Meratapi pemergian mereka hahahah.

Pastu yeayyyyy ada orang tu nak datang amek kat UiTM Shah Alam lepas habis majlis tu heheh. Terima kasih! Punyalah tunggu punya tunggu, rupanya orang tu sesat dalam UiTM Shah Alam hahahaha. Almaklumlah, UiTM parking takyah bayar. MSU je kena bayar. Eh eh ? Tengah sedap-2 makan, tetiba teringat kat housemates aku semua tu dah sampai U ke belum. Bila call Alya, Alya kata dorang sesat. Memang masatu dah start cam gelabah ah call dorang pastu call Nabila lagi pastu nak whatsapp wechat semua. Sampaikan aku sendiri tatau apa aku merepek cakap masa call dorang. Aku rasa, ayat aku serupa cam ane masatu hahahah.


Nak makan pun sampai tak habis! Hhahaah sampai orang tu kata tak habis makan takleh balik. Waduhhhhhhh, tapi tetap tak habis hahaaha! Serabut gak ah aku masatu walaupun orang tu cool jeeeee hahaha. Terus angkut makanan tu bawa balik. Bila nak keluar tu, nak otw amek housemates yang 'sesat'. Memang aku rasa cam suka hati mak bapak gila ahhhh selfiee dalam kereta hahah. Pastu takleh blahhh cepat-2 amek perfume sebab zakwan suruh spray kat dalam kereta hahhaha. Dah amek Faz, Sha  dengan Alya terus dia hantar pi Seksyen 2 sebab dia dah nak balik MSU balik, ada class gitu haaa. 

Terima kasih Zakwan sebab jadi driver tak berbayar kami hahahaha.






Rasanya macam ni je kot nak cerita hahahaahah.
Kbyeee, assalamualaikum!



Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

Tuesday 10 June 2014

#1

Assalamualaikum w.b.t

Hello and hi korang. Alhamdulillah aku dah pun selamat masuk Universiti. Rasa macam tak percaya je sekarang ni. Rasa macam mimpi kot. Banyak kali jugaklah aku lempang pipi sendiri sebab takut macam emmm adakah ini semua mimpi?! Kalau boleh, nak suruh orang lempangkan sekali tapi macam ahhh cancel cancel! Nanti orang yang nak lempang aku tu over pulak dia punya lempang. Sia-2 jeee pipi aku merah macam pakai blusher.


Bila melangkah masuk tu, rasa macam takde perasaan pun sebenarnyaaa hahahahaah. Aku cuma fiikir nak makan apa je kat sana nanti. Yelahh, kan tak boleh masak u.u sadis gila tauuuuu! Asyik nak kena beli makanan je. Rasa macam tengah melabur duit haaaaa. Nasib aku bawa stok makanan yang bolehlah hidup hahaahaha. Dekat sana, kitaorang cam duduk rumah ala-ala apartment gitu. Ada beranda semua cuma takde sinki kat dapur. Haaaaa nampak sangat depa tanak kasi kami masak. Bilik tandas semua okaylah. Dalam rumah aku ada 8 orang jaa. 3 bilik tidur dan 2 bilik air. 2 bilik tidur tu untuk dua orang. Satu lagi bilik tidur tu untuk 4 orang. Alhamdulillah, bilik tidur aku utk 2 orang sahaja. Ada katil, almari dengan meja belajar kat bilik tu dan yeahhh saya dapat bilik ni hahaha. Bilik yang lain semua, meja belajar kat ruang tamu sebab tak muat. Walaupun seksa nak naik turun tangga tiap hari sebab aku dapat tingkat lima. Tingkat paling atas sekali dan yang paling best, takde lif wehhhh takde lif ! Aku rasa kan macam cukup 3 tahun belajar kat sini, memang.... memang aku tinggal tulang je! Ahahaha. 

Alhamdulillah dapat housemates yang takde hal ahhhhhh bro! Memasing menggilosss cam apa je hahhaa. Dengan kawan sebilik si Alya ni haaa jangan dikata ah dia punya gila tu paling over! Ahahaha. Kehidupan kat u dengan sekolah lebih kurang jeeee weh sebenarnya. Beza dia cuma pakai baju bebas, kelas takdelah sepanjang masa sebab dalam masa sehari tu kekadang ada 3 kelas je kekadang. Perbezaan paling ketara sekali yang aku tengah rasa bila ada lelaki kat sini. Yelah, dulu kan sekolah gegirl je semuaaaa~ Kat sini ada laki pulak tetiba kan... Bila tengah belajar, dah biasa memekak dulu so sekarang dah tak boleh :(

Kat sini, korang kenalah bijak pilihan kawan! Haaaa tu penting tapi janganlah sampai tak berkawan langsung wehhhh. Tak kisahlah berkawan dengan sesape pun asalkan jangan terpengaruh dengan perkara negative. Paling penting, jangan tipu mak bapak! Cakap duit habis lah apa lah then minta parents bank in duit pastu ngko huhahuha enjoy dengan duit tu. Palooooo otak hang. Tak takut ke kalau tak berkat nanti? Lagi satu, betullah kata orang yang tayah lah nak bercinta zaman sekolah bagai sebab once kita dah masuk u, kita akan jumpa banyak lelaki. Tinggal pilih je hahahha tapi kalau pilih then cintaku bertepuk sebelah tangan pun macam tak berguna gak haha. Bila kat sini aku dah memang pasang niat awal-2 masa kali pertama jejakkan tayar kereta *macam over jeee* kat u yang kalau boleh tanak bercinta kat sini. Nampak betapa semangatnyaaa aku nak belajar? Hahahahahha..

Kita kena ingat yang peluang datang hanya sekali. So, kalau boleh janganlah sia-2 kan peluang yang ada ni. Dah dapat, buat betul-2. Takut nanti benda ni jadi sia-2. Haaa korang! Doakan aku eh kat sini. Terima kasih hehehehe

Act, nak cerita banyak lagi tapi masa tidak mengizinkan.... Sadis tak sadis tak??Hhahahaa. Okaylah,byeee! Assalamualaikum :D




Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum