Kalau nak cari yang sempurna, bukan disini. Pergilah cipta satu watak dan jadikan watak itu sesempurna yang kau inginkan. Aku, kau dan mereka tak sempurna di mata Tuhan. Ingat tu.

Monday 1 June 2015

Happy Birthday, biee !


Assalamualaikum w.b.t

Rasanya macam dah lama gila tak update blog  (padahal baru sebulan lebih). Kan kan kan?
Dalam tempoh tak update blog ni, memacam terjadi dalam hidup aku. Wahhhhh kemain xD Tapi, takpe.. Fizikal dan mental iolls ni kan sado hahhaha apa kena mengena sado xD Dah agak benda ni akan terjadi, makanya... kenalah tabah! 

Waktu cuti sem ni ada ah jugak jumpa kawan-2, lepak semua tapi bila jumpa tak pernah cukup semua geng i ada tau! Kebetulan, birthday Ria nak dekat dan mulalah idea nak celebrate birthday dia tu muncul.  Sekaligus, AKU NAK SEMUA ADA! Penat tahu tak nak plan!!!

Masatu macam 'tak kira, kena celebrate dalam minggu ni gak! masa ni in shaa Allah semua ada. Next week nanti Wan takde' . So, kami yang gegirls ni plan dalam jumaat atau sabtu. Masa nak plan tu jangan cakap dia punya gaduh tu macam mana! Bukan takat gaduh, sampai takde mood pun ada. Rasa nak give up untuk celebrate pun ada! Rasa macam ada satu beban kat atas kepala kau bila nak celebrate birthday Ria, 

Aku, Elah, Jiha dengan Leyka masatu dah memang free sebab cuti sem kan? Wan pulak kebetulan jumaat sampai ahad ada kat klang (kalau tak, dia dekat Melaka). Yang Azrul ni still kat klang tapi dia ni memang kalah pm dia punya busy kerja ah...Dan alhamdulillah dia minta cuti. Mizan pun kat Klang dan nasib baik time tu tak kerja dan Razi pun sama! Jadinya, macam kena jugak kumpul semua!

Tapinya, waktu nak celebrate tu sekejap je dalam sejam sebab Ria kerja sepanjang cuti sem ni.  Makanya, Razi terpaksa culik Ria sekejap! Pastu kitaorang kena celebrate tempat yang dekat-2 je hm. Tapi takpe, asalkan dapat jumpa!

Jiha dengan Wan gerak sesama. Aku, Elah pulak dengan leyka. Tapi sebelum amek elah gi beli kek, air dengan belon dulu. Dah sampai sana, memang kami ah yang kena setting tempat semua. Tapinya, Mizan dengan Azrul tak muncul-2 -.- Papepun, nasib baik ah depa sampai sebelum Ria dengan Razi datang. 

Cadangnya, aku nak Razi tutup mata Ria... Tapi, dah kantoi! Boleh pulak Razi park kereta dekat dengan tempat kitaorang nak celebrate tu. Kn dah tak surprise!





























Apapun, walaupun sekejap.. Plan kita untuk celebrate birthday seminggu lebih awal menjadi dan dapat jugak jumpa korang semua. Alhamdulillah. Sayang korang! 




Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum