Kalau nak cari yang sempurna, bukan disini. Pergilah cipta satu watak dan jadikan watak itu sesempurna yang kau inginkan. Aku, kau dan mereka tak sempurna di mata Tuhan. Ingat tu.

Wednesday 18 December 2013

Three days.

Assalamualaikum.

Masuk harini, dah tiga hari aku kerja. So far, okay lah. First day, aku just duduk bertempek kat sebelah jurutol dalam lane. Tengok cara dorang buat kerja. Pastu dorang ada terangkan semua-2 ah.
Okay, memang memula cam wahhhhh boleh ke aku buat semua ni sorang nanti?

Pastu hari kedua, syarikat hantar aku dengan lagi 5 orang pekerja baru dekat Klinik Puteri, Batu Belah, Klang. Cuak tak cuak ah kan. Takut kena injection bro!
Pastu ada ujian air kencing. Then tunggu doktor panggil masuk bilik. Bila dah masuk, doktor tu sangat sempoi. Ada ajak borak-2 semua. Aku pulak kena timbang berat.
Naik je atas benda kejadah tu, aku terkejut doktor pun terkejut! Berat aku dah 50 kg!
Like seriously! Asdfghjkl betul. Pastu doktor kata ni mesti tidur makan jee.
Okay, aku mengaku. Sepanjang tanam anggur kat rumah, aku asyik makan je doh. Lepas makan, tidur. Bangun tidur, makan. Bosan, makan. Waktu malam sebelum tidur, makan. Takpun lepas makan, baring.
Mana taknya berat naik. Tinggi pun dah 157cm.
Lepas balik dari medical check up, terus masuk lane. Pastu jurutol yang jadi trainer suruh aku jaga tol.
Maksud aku, jadi jurutol kejap. Memula tu macam eh apa ni apa ni ? Camne ni? Apa aku nak buat ni? Akak! baki nak bagi berapa ni? Ni kelas berapa ni? Ahahahha okay.
Tak senang rupanya nak jadi jurutol. Yelah, first-2 nak kena tahu kereta ke van ke lori ke bas ke or whatever tu blablabla kelas berapa. Then, nak kena kira sendiri baki duit yang user bagi. Ulang taip, kira sendiri kayyyyy. Tak macam cashier yang dekat supermarket tu.
Pastu kalau tak tekan 'TERIMA' akan ada bunyi siren lepas kereta tu lalu. Ah sudahhh katakau.
Lagi-2 kalau ada yang jalan main suka hati mak bapakkk, mentang-2 ah ada a few lane yang palang rosak. Dah satu kerja aku nak kena usha number plat kenderaan tu sebab tu dikira ceroboh.
User pulak, okay memang macam-2 ragam! Ada yang gatal, sempoi, serius dan lain-2.

Hari ketiga, which is today. Memang bebetul asdfghjkl okay. Aku masuk je lane, aku dah kena buat sendiri.
Dah ah tengah gelabah sebab baru masuk. Harini memang aku kena buat semua benda sendiri dan dikawal oleh trainer. Okay thankyou Kak Wani for todayyy!

Pekerja-2 yang kat sini semua cam not bad ah. Baik jee. Guard and cleaner pun best sebab kekadang borak dengan dorang.Waktu rehat, memang dua kali.
Minggu ni aku shif pagi. so dari pukul 8 pg-3 petang.
Rehat yang pertama abaout 45 minutes. Dan waktu tu ah aku melahap!
Rehat kedua, aku amek phone dan yayayayaya aku buat cerpen baru.
Tatau kenapa, tapi too many ideas okay! So, later-2 i'll post it here!
Maybe aku akan buat satu ruangan untuk karya-2 aku. Yay or Nay?
Ah kesah pee aku, blog aku kan. Mesti ah yay! Korang nak kata nay? Lantak korang.
InsyaAllah aku nak buat jugak wuhuuuu!

Okay, jujur ah kan. Act, now aku kerja kat tol. Jurutol babe.
Hahahahah kay. Jurutol mana? Syarikat apa? Hahaha biarlah rahsia cehhhh haha.
Ria pun kerja sama dengan aku. Jieha memula pun sama tapi tak boleh sebab dia kena plkn :(
Aku harap, everythings gonna be okay sepanjang aku kerja kat sini.
Aku dapat buat kerja ni dengan baik.


InsyaAllah sepanjang 3 bulan aku kerja ni aku takkan lupa update blog.
At least, one week one entry pun jadilah!
Oh yaaa, esok adalah hari dak dak Pmr amek result kan?
So, to my sister ZARLIS ARRISA ZULKIFLI ..
Along doakan kau dapat result yang lebih baik dari along! I know you can!
Sebab kau lebih rajin dari along okay blabliblu i'm serius.
Sejarah kau? Argh not bad!
Hope kau dapat banggakan mama dan abah.
To all Pmr students, aku doakan supaya korang dapat keputusan yang baik seperti yang korang harapkan!

Byeee, assalamualaikum :D

Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

Monday 16 December 2013

Kerja.

Assalamualaikum.

Yeayyy dah ada kerja. Harini first day kerja. Ahaha okay wa tak sangka pulak dapat kerja tu sedangkan aku main pakai tembak je soalan dalam test tu. Alhamdulillah.
InsyaAllah aku boleh buat kerja ni !
Btw, esok kena pi medical check up. Die me! Grr
So, wa pun dah malas nak taip cerita pepanjang.
Okayy daaaaa beautiful !

Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

Wednesday 11 December 2013

Celebrate their birthday at Shah Alam.


Assalamualaikum and hello everyone!

Hm k act nak cerita something interesting! About my friendship gituu~ 
Sabtu baru-2 ni, 7 Dec 2013. Aku dengan kawan-2 aku sambut birthday Elah, Mizan, Azrul dan Haris ! 
Tahun lepas celebrate birthday dorang dekat Sunway Pyramid pada 10 Nov 2012. Tahun ni lambat sikit sebab kitaorang kan dak dak lepasan SPM gitu. Paper pun habis lambat, tu yang lambat! Macam tak percaya je kitaorang dah besar! Ahahah k bajet je.  

Alhamdulillah this year kitaorang berjaya celebrate birthday KAMI SEMUA !
Ahmad Syazwan dekat rumah aku. Noor Najihah dan Ria Lestari kat Setia City Mall. Aku dekat rumah aku. Noor Fazilah, Muhammad Hamizan, Muhammad Azrul dan Haris Danial kat Shah Alam area dataran bawah. 

Okay, nak start cerita ke tak ni?! At first beberapa hari sebelum tu memang macam haa okay everything gonna be okay ! One day before, Ria minta tolong aku sebab kalau buat hari Sabtu, Jieha dengan Wan takde transport and Razi takde kereta. Kalau ahad pulak, Razi ada kereta but Elah and Mizan takde transport dan mama  abah sangat busy dengan kenduri dan tak dapat hantar anaknya haha. Disebabkan abah balik kerja malam. Jadi, agak sukar untuk aku minta tolong abah sebab takkan abah penat-2 balik kerja terus aku nak tanya? Gila ko! Mampus ah aku karang kena marah. Disebabkan hari Jumaat tu aku tak inform pape kat Ria. Then, ingatkan semuanya okay so Ria dengan Jieha dah prepare semua. Memalam pukul 11 lebih hari Jumaat baru aku bagitahu dorang yang esok abah kerja! Pastu kena marah dengan Ria, Sedih tau :( Then, minta tolong Diyana lagi tu ! Hehe. Dan dia pun okay. 

Esoknya, lepas solat subuh aku terus doa banyak-2 bagi abah tak kerja. Jahatkan aku? Hehehe.
Pastu bila pukul 8 pagi camtu mama kejutkan aku ah tanya nak pergi sambut kat mana. Then aku bagitahu. Aku keluar bilik dengan harapan abah tak kerja! Sekali tengok motor takde hm. Pastu tanya mama rupanya abah tak kerja! Abah pi beli sarapan je. Pastu Dyana pulak tak rply text Elah. So, aku mengharap kat abah je ! Nasib abah okay. Yeayyeay sayang abah dengan mama !

Ko tahu tak yang rumah aku boleh pulak takde elektrik. Baju tudung semua aku tak gosok. Cis ah sedih do!
Then pashmina aku semua kat cousin sebab dia pinjam. Belek-2 shawl. Cuma ada satu shawl je yang tayah gosok. Sedih seyh. Then tanya Jieha Ria dah siap semua ke belum. Pastu Jieha call kata dah settle so now tunggu mama dengan abah balik. Then pi rumah Jieha amek Jieha dengan Wan pastu Ria nak tumpang jap sebab dia nak gi rumah Mizan.

Masa otw tu mama dengan abah sangat sporting! Hahahaha siap semangat nak tolong carikan tempat yang sesuai untuk celebrate. Memula lalu kat Tasik dan dataran bawah. Memula nak kat dataran bawah sebab macam lawa kan! Abah pulak kata nanti senang nak main. Maksud abah, macam main tepung or whatever lah sebab masa birthday aku kan main tepung -.- Pastu jalan depan sikit macam eh macam lawa je tempat ni. Abah siap keluar kereta dengan mama lagi nak tengok. Aku dengan jieha dan wan pun keluar siap tengok tempat tu. Dan yeayy! Lawa weyh lawa! Ahaha. Siap ada ala-2 sungai, dengan bawah pokok lagi, ada meja kat tengah-2 diantara pokok-2 kecil. Ya Allah, lawa ! Pastu mama pun okay bila tengok. Amek barang semua pastu Ria dengan Razi datang. Pastu mama dengan abah pun dah nak pergi.

Bersungguh-2 bebenoooo kitaorang kemas semua benda siap dah macam berkelah katakauuu.

Dah siap sikit, sempat lagi macam fikir banyak kali nak tukar tempat ke apa sebab dah gerimis. Alhamdulillah tak hujan! So, tak jadi tukar tempat hehehe. Paling takleh blah bila Razi datang siap dengan guni dan letak guni tu atas batu pastu duduk atas tu hahaa. Rupanya abah bagi guni tu haha siap abah bagi payung lagi kat aku lepas aku minta.Dah siap semua sempat lagi Ria dan Razi berdrama haaa. Wan dengan Jieha pula berjalan kat area situ. Aku pun apa lagi, snap ah gambar ! Tunggu Azrul dengan Haris tapi tak muncul-2. Yang muncul Elah dengan Mizan! Ayooo Mizan, why you bagi Elah bunga awal-2? Ahahaha. Pastu nak tiup lilin semua tunggu Azrul dan Haris pulak. Lama bebenooo anak dara ni ! Pastu bila dorang dah sampai, barulah kitaorang nyanyi tiap lilin semuaaa. Siap buat video lagi ! Ahahahaha xD 

Then barulah makan-2 semua pastu berborak lah. Berdrama pastu Razi dengan Mizan ajuk suara Jieha yang tengah serak lagi! Ahahah lawak k lawak sebab dorang siap buat suara garau pastu nyanyi! Happynya bila dengan dorang. I'm really love them ! Pastu ehemmmmm sebelum dorang sampai lagi, aku wan razi dengan ria dah sorokkan something. Susah tahu nak sorokkan! Dekat celah-2 pokok kitaorang sorok benda tu. 
Aku pulak asyik acah-acah yang kononnya kitaorang akan baling tepung kat dorang hahaha. Tahu takut! Yelah, gila kauuu dorang dah pakai lelawa kot? Then takkan nak baling dengan baju yang bertepung?

So, akhirnya kitaorang ajak ah nak amek gambar ramai-ramai. Sebelum amek gambar tu, aku dah amek dah benda tu. Eeee aku asyik sorok kat cardigan je benda tu. Pastu dorang perasaan. Lagi si Elah! Ayooo yennade ah lantak. Masa snap gambar ramai-2 tu.... Barulah aku dengan sape tah start sembur spray tu! Benda tu macam buih-2 lah tapi lain sikit hahahah terkejut depa! Macam ni lah rupanyaa bila Elah kena sembur dengan benda tu !

 |
 |

 |

 |
\/


Pastu semua orang kena benda tu! Tapi tak sempat nak snap masa bebetul semua orang kena benda tu.
Aku siap pi kejar Haris lagi nak pi sembur benda tuh! Penat berlari tauuuu.
Act, aku nak balas dendam kat Haris dengan Azrul sebab dorang pi baling tepung kawkaw kat aku masa birthday aku! Padan muka dorang kena hahahahahahaha.
Benda spray tu sekejap jee. Pastu buih-2 tu terus hilang.

Bila dah happy, enjoy-2 semuaaaaa. Then ada yang dah balik, so aku Elah Jieha Ria Mizan dan Razi pun sempatlah dok lepak kat Dataran Shah Alam jap sementara tunggu mak aku sampai.
Kat sana, kaw kaw ah menggila. Pastu sebenarnyaaaa aku ada simpan lagi satu spray kat beg aku!
So, keluarkan ah then main benda tu kat Dataran.
Semua orang pandang kot hahahahah tapi watlek watpeace je kitaorang.

Kaylah, aku pun dah tatau nak cerita apa dahhh. Gambar pulak, ni je yang aku ada.
Act, ada banyak lagi tapi kat camera wan :(
Gambar cupcake apa semua kat sana. So, kalau aku rajin aku akan share lagi eh?
Tu pun kalau rajin ah! Hehehehe.
Sooooo, daaaa ! Thanks guys untuk hari itu. Happy sangat-2 sampai kaki aku sakit gila. Thanks mama abah sebab hantar amek along. Oh yaaaa cupcake yang sedap tu pulak Jieha and Ria yang buat! Eh jap, cupcake eh tu? Ahahhaha.
Btw, Happy Birthday Noor Fazilah, Muhammad Hamizan, Muhammad Azrul dan Haris Danial ! 


















































































































































Bunga dari Elah untuk Mizan.


Bunga dari Mizan untuk Elah.

Tu jee gambar yang aku dapat tunjuk ! :(  Buruk ke cantik ke semua aku upload bhahaha.

Bye, Assalamualaikum.






































Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum