Kalau nak cari yang sempurna, bukan disini. Pergilah cipta satu watak dan jadikan watak itu sesempurna yang kau inginkan. Aku, kau dan mereka tak sempurna di mata Tuhan. Ingat tu.

Friday 6 December 2013

Last day.

Assalamualaikum w.b.t

Em aku masih tak percaya yang aku dah habis sekolah T.T
Rasa macam woi apa ni, kejap gilaaa aku sekolah?!
Apasal  sekarang aku rasa aku macam masa terlalu cepat berlalu. 12 tahun aku dah belajar kat sekolah. Tadika Kemas Sungai Pinang , Sek Keb (2) Jalan Meru , Kafa Integrasi Batu 2 Jalan Kapar, SMK (P) Bukit Kuda.
Terlalu banyak, banyak kenangan weyh masa aku kat sekolah rendah. Kenangan manis pahit semua ada hahaha. Hm, k tetiba rasa macam nak cerita pulak kenangan masa sekolah hihi.

http://novelaeisy.blogspot.com/2011/12/baby.html

Tadika Kemas (2002)



Aku masuk tadika masa aku 6 tahun. Well aku rasa cam aku sorang je yang pelik sebab semua adik aku masuk tadika masa umur dorang 5 tahun -.- Tadika ni dekat je dengan rumah aku. Selalunya mama yang hantar, tapi semenjak abah belikan basikal baru terus apa lagi..
Pi sekolah bawa basikal sendiri! Masa memula beli tu rasa cam em takutnya kalau hilang basikal tu hehe tapi sekarang aku rasa basikal tu dah kat besi buruk kot sebab dah lama tak nampak !
Pernah lah masa bawa basikal, tetiba ada dengar bunyii wolf wolf wolf *bunyi anjing*. Eh camtu ke bunyi anjing --' ?  Dengar je, apa lagi mula ah bawa basikal laju-2 katakauuu!
Pi tadika je dengan kawan aku, aku lupa ah sape maybe Noraini kot nama dia. Ahh, i can't remember ! Masa hari sukan, memang tanak kalah katakauuuu! Lari kalau boleh memang nak pecut habis !
Tapi dapat number dua. What is this man?! Takpelah, at least dapat medal dengan bear kecil comey alololo. Then hari apa tah aku pun tatau lah, maybe hari kanak-2 kot?
Masa tu sampai je tadika kena make up semua pastu pakai baju ala-2 cheongsam *tatau eja* tapi yang seluar punya lah! Siap tocang dua lagi rambut aku. Wuhuu comelnya saya masatu!
Masatu kena buat tarian kipas. So yeahhhh aku rasa masatu aku paling comel bila tengok balik gambarnya! Hahahah yelkk zaty yelkk puji diri sendiri.


Sek Keb (2) Jalan Meru, Klang. ( 2003-2008)


Dekat sinilah banyak sejarah yang tercipta ! Banyak tak terkata weyh hahaha.
Memula masuk darjah satu semestinya mak bapak kat depan kelas kan?! Hahaha cuak tak cuak ah masatu. Tapi, alhamdulillah sebab cousin aku, Aliah sama kelas dengan aku. Masatu tengok banyak orang nangis then aku pun mula ah nangis! Ahaha.
Dari darjah satu sampai enam memang muka aku kena wajib masuk apa-2 acara masa hari sukan !
Aku rumah sukan merah, dan budak yang batch sama dengan aku yang perempuan memang sikit weyh. Tak sampai 6. Yang laki memang banyak ah. Perempuan je sikit, so memang kena masuk apa-2 acara. Dan alhamdulillah hampir tiap tahun dapat piala wuhuuuu! Hehehe.

Darjah 1 (2003) : 4 x 50 m ( Naib Johan)
Darjah 2 (2004) : 4 x 50 m ( Ketiga )
Darjah 4 ( 2006 ) : Lompat Tinggi ( Naib Johan ) , Merentas Desa ( Kelapan )
Darjah 5 ( 2007 ) : Tarik Tali ( Ketiga ) , 4 x 200 m (Ketiga)
Darjah 6 ( 2008 ) : *Aku dah lupa aku menang apa, sebab aku TERhilangkan medal yang aku dapat! Hehehe *

Kalau dalam kelas memang lawak ! Macam-2 ragam tiap tahun hahah. Dengan semua pun aku kawan sebab sekolah tu ada dua kelas je tiap darjah. Pelajar pun tak ramai sangat sebab sekolah aku share dengan satu lagi sekolah iaitu Sek Keb (1) Jalan Meru. Mesti korang tak faham kan?! Macam ni, satu bangunan sekolah, ada dua sekolah yang berlainan guru besar. Kalau SK (1) sesi pagi, kitaorang SK (2) akan sesi petang. Tiap tahun akan gilir-2 sesi persekolahan samada pagi atau petang.

Nama pelajar Islam yang aku ingat, Fida, Auni, Haliza, Izzyani, Farhanah, Annisa, Inggit, Afiqah, Norafida, Rasyidah, Arif Zulhusni, Putra Aiman, Omar, Shaukey, Shamsul, Izzat, Ikhmal, Azam, Haris, Syukry, Saiful, Syahmi, Asyraf Putra.. K, tu je yang aku ingat sekarang ni hahaha.
Kawan yang aku selalu gaduh, semestinyaaaa Arif Zulhusni ! Aku pun tatau kenapa aku selalu gaduh dengan dia hahahaha. Mungkin sebab kitaorang duk sebelah-2 masa darjah 6 kot.
Pastu pernah sekali tu aku pun lupa pasal apa aku gaduh dengan dia, tapi memang time tu aku marah gila dengan dia sampai berkejar-2 pastu dia lintang pukang lari turun tangga then Azam gi tangkap dia.
Ahahahha, Lawaknya weyh !

Masa darjah 4 sampai 6, aku jadi pengawas sekolah. Dah ah bajunya macam eeeee tak best langsung kay ! Geli ah weyh baju masa dalam kain. Tudung lagi masuk dalam baju. Rasa macam tercekik kau tahu takk pastu kang tudung jadi cam gelembong-2 gitu euww benci gila. Aku paling suka jaga budak kelas darjah satu hehe tatau nape pastu aku dapat jaga kelas 1 Biru masa aku darjah 5. So, bila cikgu meeting aku dengan Shamsul yang akan jaga kelas tu. Yang geram tuuu, Shamsul senang lenang duk kat belakang, aku je yang jaga.
 Then aku jaga Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Mic + radio, naikkan bendera dan aku tak ingat lagi haha. Tiap bulan, tugas akan berubah lah. Aku paling benci bila naikkan bendera ! Tapi, benda tu lah yang paling banyak kali aku kena buat -.- Dah ah terpacak atas pentas pastu naikkan bendera masa perhimpunan, lagi-2 hari sukan. Eee malu tahu tak. Then, tiap kali sebelum masuk kelas + habis rehat je kitaorang akan ada perhimpunan so, kena sediakan mic. Haa ni aku suka ! Karang akan ada suara *testing 1 2 3 * Ahahah k. Radio pulak masa perhimpunan rasmi je. RMT pulak masa rehat je, karang kena thick nama sape yang amek pastu bagi makanan dengan air lagi. Memang susah aku nak makan haha.

Sahabat ? Ya sahabat. Tipulah kalau takde. Orang yang paling aku rapat dari darjah 2 sampailah 6 ialah Nur Fida' Iydayu. Dimana ada Zaty, di situ ada Fida ! Hehehe.
Aku sayang sangat dia, sangat sangat ! Kalau boleh asyik nak berkepit. Aku still ingat macam mana betapa Fida ambil berat kat aku masa kat sekolah. Masa jaga RMT, sedang aku sibuk-2 thick nama budak pastu dengan nak bagi makanan lagi.. Memang aku susah nak makan kau tahuu. Pastu Fida akan suapkan makanan kat aku. Ah soo sweet ! Then bila aku dah penat berlari masa hari sukan then rasa macam dah ahhh penat gila ! Fida datang kat tempat garisan penamat tu pastu dia pimpin aku then bagi air. Ya Allah, sesungguhnya aku amat rindukan Fida ! :( Pernah lah juga, masuk tandas pun nak sama-2 ! Hehehe.


Sek Men Keb (P) Bukit Kuda
Sekolah perempuan?! Memula tu rasa cam weyh takut gila sebab ada pangkid dan lesbo !
Well, standard ah kan sekolah perempuan. Hari pertama jejakkan kaki kat sekolah tu, aku terus berdoa minta-2 aku tak jadi pangkid, lesbo, tak terpengaruh dengan kawan yang tak elok..
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar :)

Tiap tahun mempunyai kawan yang berbeza dan berbagai ragam hahah. Macam-2 ada ! Hehehe.
Dekat sekolah menengah memang aku tak aktif sukan ! Hhaha just macam uji tara masa form 1 dengan form 5 jeee, tu pun masuk lompat jauh! Ahahahaha xD
Benda paling aku tak suka dan takut masa latihan sukan, lontar lembing kalau tak silap nama diaaa.
Sebab apa tau, benda tu dah ah panjang then tajam hujungnya. Masa lari dan lontar tu kan, lepas je lontar aku terus lari ke belakang! Takut punya pasal ! Manalah tahu benda tu terpatah balik ke belakang ke kan? Ahhaha teruk gila aku !
Yang paling aku suka, lontar peluru! Aku pun tatau kenapa haha.

Masa form 3 , ada english week. So, kitaorang kena buat alaa highschool musical gitu! Kena nyanyi + berlakon ! Kelas aku nyanyi lagu Just The Way You Are by Bruno Mars.
Sebelum nyanyi tu ada lakonan ah. Wtfish bila aku kena berlakon sekali?!
Aku kena lakonkan watak seorang perempuan yang agak nerdy dan tak lawa pastu kena buli dengan Cindy. Then sampai aku nangis-2 ahh then bila aku duduk sorang-2 kat tangga, ada sorang kawan ni datang dan tanya aku kenapa semua. Pastu aku cam rasa terharu gitu ah sebab dia happykan kita balik and endingnya aku dengan diia berpeluk pastu yang watak jahat kebaboom yang siap main tolak kepala aku tu pun datang minta maaf kat aku. Dah habis lakonan tu terus kena nyanyi ramai-2! Masa aku dengan yang sorang tu berpeluk kan, semua orang jerit 'awhhhhhh' hahaha ada yang nangis weyh!
Dan paling aku tak sangka, macam mana aku boleh berlakon bebetul?! Nangis bebetul?! Padahal masa reheasel aku main-2 kot hahaha. Masa berlakon tu, aku pakai mic yang jenis letak kat telinga aku, so masa nyanyi tu mic tu still terletak kat telinga aku. Aku tatau camne suara aku masa nyanyi tu, dah ah lepas nangis masatu dengan hidung merah haha.

Masa form 3 aku penolong tingkatan, formm 4 dan 5 pulak ketua tingkatan. Penat tak penat ah kan kena jaga kelas pastu taip hari kena kira berapa orang pelajar yang datang. Slip kehadiran tu umpama benda penting yang kena ada dengan aku. Pastu camne nak kena handle kelas yang kekadang bising lagi aiyooo. Pernah aku terlampau stress! Sangat stress dengan masalah bertimbun, kelas bising dan kotor sampaikan aku dah suruh dorang kemas tapi tanak then aku fade up.
Aku ketuk meja aku then letak muka atas meja nangis. Aku tahan nangis tapi tak tahan then terus blahh pi toilet nangis puas-2! Ahahaha.
Tapi, apa pun aku tetap sayangkan semua classmate aku ! :*
Dengan cikgu yang dah umpama ibu kita lagi. Ya Allah sayangnya kat dorang!
Pastu kalau budak cina tengah makan kat belakang, aku sempat menyelit pastu makan sekali hehe.

Dengan Elah Jieha Ria?
Dulu memang kitaoran tak rapat. Naik form 4 dan 5 barulah rapat.
Rutin kitaorang kat sekolah senang je. Pepagi je dah mengadap muka masing-2 sebelum ke kelas then terus akan bercerita hahaha. Tapi kekadang aku macam rugi sikit ah sebab time dorang nak bercerita ah kena kira pelajar yang hadir dan tunggu dorang sebab nak hantar slip kehadiran.
Otw masuk ke kelas pun akan jalan beriringan gitu wah sambil sambung bercerita hahaha. Dah nak masuk kelas, sempat lagi bercerita! Pastu kekadang kalau cikgu kat kelas Elah dan Jieha tak masuk, aku apa lagi.. Masuk ah! Hehehe. Then, bila lalu depan kelas dorang sempat lagi melambai tak pun usha dorang. Time rehat? Orang yang paling lama beli makanan mesti Elah dan Jieha sebab aku dengan Ria selalu sampai dulu. Bila nak makan tu, mesti Elah dan Jieha akan bagi sayur dorang kat aku sebab dorang tak makan sayur hahah. Sambil makan, sambil bercerita! Kekadang cerita yang lama pun diulang tayang. Hahaha gelak-2 je kitaorang. Waktu rehat dah habis pun sempat lagi watlek hahah kekadang tu masa acik kantan tengah lap meja kitaorang, sempat lagi kitaorang berborak dengan acik kantin hahaha.
Acik kantin siap tengok gambar boyfriend Elah Jieha dan Ria lagi . Kekadang kalau masa ada latihan kawad atau latihan rumah sukan tu kan start lambat sikit. Disebabkan Jieha dan Ria bawa motor gi sekolah, so kitaorang pun akan pi kedai makan kekadang.
******
Start tahun ni, kawan aku sorang ni Zulaikha ataupun Leyka memang tiap hari balik pergi sekolah naik aku. Pepagi lagi dia dah terpacak kat rumah aku. Kekadang tu masa aku dalam bilik pun dia dah muncul masuk bilik aku hahahaha.

Tiap kali ada exam so cam sedap sikit ah kan sebab kang sempat lagi aku nak siap, Leyka akan baca buku then ajar aku haha.
Masa last day sekolah, kitaorang ada paper Ekonomi Asas.  Start pukul 11.15 pagi.
Leyka datang rumah aku awal, nak dekat pukul 7 camtu sebab nak study.
Aku time tu bebetul baru terjaga dari tidur. Rambut pun dah macam ala-2 pontianakk.
Lepas tu buat itu ini jap, then study + makan + siap-2 pergi sekolah ! :)













Kitaorang paling benci bila nak pergi sekolah...



Jalan sesak ! Eeeee

Pelajar dah tak ramai masa ni




Oh yaa! Masa tahun ni kan. Aku fikir nak active koko je . Then aku masuk bomba.
Pastu terus kena pi kem bomba. Masatu cam emmm je hahaha.
Siap practise kawad kat SMK Sultan Abdul Samad lagi. Alaa sekolahnya sebelah sekolah aku je.

Pastu tak lama kemudian, kitaorang dak bomba yang gi kem tu kena buat fire drill untuk minggu 3K.
Masatu kena buat latihan kebakaran ah kan? Masa semua pelajar tengah belajar, kitaorang yang bomba ni terus keluar kelas sebab pegawai bomba dah sampai sebab dah ready nak buat semua ni.
Tugas pun dah diberikan. Ada yang kena pergi kat setiap bangunan sekolah dan jerit-2 suruh turun sebab ada kebakaran, ada yang selamatkan orang dan yang padamkan api guna hos.

Masa first Cikgu Mawardi *pegawai bomba* datang, aku dengan yang lain semua macam alaaa nak juga naik trak bomba tu! Eh, trak ke ?! Hahaha. Sebabnya, tugas aku cuma selamatkan orang.
Akhirnya yeahh! Boleh juga. Masuk je, rasa cam wahhhhhhhhh gila ah ! Hahahah best kot.
Berdebar-2 gituuu. Masa loceng dah bunyi. tak lama lepastu dan pelajar dah berkumpul baru ah kitaorang yang naik trak bomba kejadah tu jalan pastu stop bebetul kat pagar yang dekat dengan padang tu.
Masa nak turun tu rasa cam ahh bangga siot! Then turun je dari benda alah tu, kitaorang kena terus jalankan tugas ! Aku amek stretcher pastu pi selamatkan orang *pelakon upahan* hahahah.
Pastu dengan angkat budak tu dan terus pi kat dorang semua dan jerit 'beri laluan' haha.
Wahh, dah macam real kan ?!



Tu diaaa Cik Ton ! Cikgu bomba kitaorang hehe




Time ni, beberapa pelajar dibenarkan untuk cuba padam api.
Tu diaaaa Syakila ! heheeh.

Keadaan apabila semua pelajar berkumpul. Dan ada pegawai bomba yang menerangkan tentang hos dan kejadah semua haha. Kitaorang pulak terpacak kat depan haha






Antara yang terlibat..




Kalau hebat, carilah aku !


Dekat sinilah tempat dimana kitaorang dak bomba practise kawad dan macam-2 lagi ah. 



Eh tetiba rindukan keluarga bomba aku masa kem ! :(







*****

Aktiviti menconteng baju sekolah selepas habis SPM !
Hahaha macam-2 kayy. Nasib aku tak conteng baju sekolah hehe.









Botol susu aku ! Kawan baik aku masa sekolah tuuu. Dah ah warna pink euww ~



Sebenarnya kan, aku teringin sangat nak pi sekolah naik kereta! Tapi tak kesampaian :(
Sebab? Takde lesen lagu huwaaaaa ! T.T




Tamatlah entry kali ni !
Apa-2 pun, aku akan rindukan zaman persekolahan ni !
Gambar penutup kali ni. Gambar SMK (P) Bukit Kuda, Klang ! 




Bye, Assalamualaikum.

Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment