Kalau nak cari yang sempurna, bukan disini. Pergilah cipta satu watak dan jadikan watak itu sesempurna yang kau inginkan. Aku, kau dan mereka tak sempurna di mata Tuhan. Ingat tu.

Thursday 19 March 2015

PULANG by Madu 6


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, satu bebanan dah selesai. Syukur sangat. Subjek One Act Drama dah settle. Pementasan Drama Sebabak dah selesai harini. Mungkin macam em agak pelik bila budak writing berlakon semua. Tapi ah lantak ah. Markah kot!



 Bekerja dengan ahli group 'Madu 6' ni kira seronok ah gak. Lagi-2 dalam group whatsapp. Kitaorang punya menghayati watak tu sampai ke luar kitaorang bawa. Hahahahaha k. 

Dalila, Adam, Alya, Acah, Shima dan Nabila...
Maseh di atas kerjasama yang korang berikan. Layan kerenah memasing lagi yang bermacam ni haaa lagi. Pastu masa full rehearsel dengan aku dan adam yang kena masuk wad sebab denggi lagi.. Korang berjaya cari pelakon lain untuk gantikan tempat kami masatu. 

Maaf andai aku ada buat korang marah, salah semua. 

Selamat Hari Raya! Maaf Zahir dan Batin!

Malas ahnak cerita panjang. 
Nah tengok gambar, nah!

























Sayang korang muah!



Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

Monday 16 March 2015

Suspek Denggi


Assalamualaikum w.b.t

Tak tahulah nak nangis ke gelak berguling-guling bila dapat tahu aku suspek denggi.

Hari jumaat, aku demam. Demam sampai tahap tak larat langsung nak bangun. Sakit kepala kawkaw punya cam nak pecah. Sakit belakang mata yang sampai aku rasa macam nak korek biji mata ni kasi keluar. Sakit badan sampai tahap aku rasa sumpah sakit gila. Nak bangun pun tak terdaya.

Disebabkan waktu aku demam tu, aku kat puncak.. Makanya hidupku macam tak bermakna. Hahahahaha. Sabtu ahad dihabiskan di dalam bilik.

Tak tahan punya pasal, whatsapp mama kata yang aku nak balik dan semestinya mama membebel sebab dari hari sabtu lagi mama ajak balik. Aku je degil nak mampuih tanak dengar kata.

Hari isnin, selasa dan rabu aku pergi klinik. Ulang alik klinik sebab nak amek darah. Sampailah ke rabu... Doktor terus macam 'eh awak kena masuk wad ni'. Aku macam emmmm terus buat muka. Tak terbayang kehidupan aku dekat dalam wad macam mana,

Naik ambulance pi hospital buat aku rasa emmm jap aku kat mana ni. Kenapa terasa macam dunia ni bergegar? Laju ya ampunnnn. Dan aku sempat buat wechat sight. Hahahah.

Masuk wad kecemasan lagi ah buat aku rasa cam kenapa mesti aku duduk kat sini? Sorang-sorang yang masuk.. Ada yang muka penuh dengan darah. Aku dah macam, Ya Allah.. Ampunkanlah segala dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Takut tengok.

Berejam dalam wad kecemasan. Cukuplah. Tak tahan aku.

Masuk wad macam biasa~
Masuk air, amek darah tiap hari -.-
Tangan sampai naik bengkak dengan lebam. Pasrah je lah.....

Kesian kawan aku yang nak datang melawat, tapi tak sempat. Sebab aku dah keluar wad. Haahhahahha. Tapi eloklah tak datang melawat sebab muka aku macam selebet mebet duduk dalam wad. Tudung pun senget benget haaaaaa.

Okay, nak cerita tu je lah. Hehehe kbye, Mc masih berbaki tapi aku masih ke kelas. Tak boleh duduk diam-2 kat rumah hehehhe. Tak aman gitu.



Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum