Kalau nak cari yang sempurna, bukan disini. Pergilah cipta satu watak dan jadikan watak itu sesempurna yang kau inginkan. Aku, kau dan mereka tak sempurna di mata Tuhan. Ingat tu.

Thursday 6 February 2014

Cerpen : BFF Dari Facebook


***********

"Best Friend Forever?," soal Alia.
    "Yelah! Best friend forever. Kawan selamanyaa!," balas Aqil.
Semenjak itu, mereka mulai rapat. Semuanya bermula dari Facebook. Di situlah mereka mula berkenalan, selalu bertegur, berkawan rapat, berkongsi cerita serta masalah dan akhirnya menjadi BFF.

 Yaa, Best friend forever dari Facebook!
   Mereka tidak selalu berjumpa. Maklumlah, seorang dari Klang dan seorang lagi dari Banting. Namun, semua itu tidak membataskan persahabatan mereka. Bagi mereka, tidak semestinya apabila seseorang itu berkawan rapat, mereka perlu selalu berjumpa. Lagipun, zaman sudah maju. Jadi, mereka hanya perlu menggunakan 'Skype' untuk melihat wajah masing-masing.

Setelah beberapa bulan menjadi teman rapat, akhirnya mereka berjumpa buat kali pertamanya. Seorang banyak cakap mengalahkan mak nenekdan seorang lagi menjadi pendengar yang setia buat sahabatnya.
      "Alia gendut!," Aqil mengejek.
  "Apa gendut-gendut? Tak nampak ke Alia dah kurus sekarang ha?," bidas Alia membela diri.
        "Hah? Apa? Kurus apanya? Makin gendut adalah!," balas Aqil yang mahu menang. Alia mulai bengang, dia membulatkan matanya. Kalah 'Pontianak Harum Sundal Malam' lakonan Maya Karin.
  "Err, awak.. Janganlah buat mata macam tu. Ta.. ta.. takut saya nak tengok!," Aqil mengejeknya lagi.
Kali ini, dia buat-buat gagap.
     "Ish! Asyik nak cari pasal aje! Tahu lah budak gendut ni gagapkan? Jadi, tak payahlah nak ajuk-ajuk!," bentak Alia . Sejujurnya, dia terasa dengan apa yang dilakukan Aqil.
Tidak pernah dia berharap untuk menjadi gagap. Tetapi, nak buat macam mana? Dah gagap, gagaplah jugak, kan?
   Aqil mulai risau. Niatnya hanya ingin bergurau dengan Alia. Aqil memohon maaf dan membuat muka 'mahalnya' pada Alia.
       "Alolo, Alia ..Kita nak minta maaf ni , " pujuk Aqil.
 "Apa maaf-maaf? Raya lambat lagi ,"  jawab Alia sambil memandang Aqil dengan pandangan mata yang tajam. Alia memandang tepat pada mata Aqil.
  "Okay, Aqil kalah! Mata Aqil terkelip tadi.,"Alia berkata.
 Aqil tidak faham. Dia mengerutkan dahinya. Alia yang melihat riak wajah Aqil itu mula ketawa terbahak-bahak.


       Tingkah lakunya serba tidak kena, sekejap berdiri dan sekejap duduk. Ada kalanya, dia berjalan ke sana ke mari. Fikirannya tidak menentu. Aqil mulai risau akan Alia. Sejak kebelakangan ini, Alia seperti menjauhkan diri daripadanya.
  "Aliaa, mana Alia ? Kenapa Alia makin menjauh dari Aqil? ," rintih Aqil.
Beberapa hari selepas itu , Aqil mendapat satu panggilan. Hampir terjatuh telefon bimbitnya setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh si pemanggil tadi. Dengan pantas Aqil mencapai kunci keretanya.

Aqil memandang sepi sekujur tubuh milik sahabat baiknya itu. Alia menghidapi penyakit kanser tahap keempat yang bakal meragut nyawanya. Tanpa disedari, ada juraian air mata yang mengalir dari tubir matanya. Dia tidak sanggup melihat Alia yang sedang koma itu. Aqil hanya mampu berdoa.
   "Ya Allah, kau selamatkan Alia dari penyakit ini. Aku tak bersedia untuk kehilangan dia, " sekali lagi air mata lelakinya gugur.
          Aqil tertidur di sisi katil Alia. Kesan air mata Aqil, masih lagi ada di wajahnya. Sejam kemudian, Alia mulai sedar. Aqil yang terlihat Alia sudah pun membukakan matanya, terus sahaja memanjatkan kesyukuran.
    "Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah!," jerit Aqil sambil menadah tangan.
Aqil memandang wajah pucat Alia yang dari tadi asyik memandang akan wajah Aqil. Aqil dapat merasakan betapa peritnya penderitaan Alia ketika itu. Dia tidak sanggup melihat sahabatnya dalam keadaan begitu.
    "Alia, Alia jangan tinggalkan Aqil!  Tolong Alia, tolong jangan pergi. Aqil taknak kehilangan Alia!," ujar Aqil penuh harapan.
Alia tersenyum. Ya Allah, aku amat berterima kasih kerana kau telah memberikan aku sahabat sepertinya. Air matanya mula menitis.
      "Aqil, setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Hidup mati, semua di tangan Allah, " Alia cuba menenangkan Aqil. 
"Tapi, kenapa mesti Alia?!," soal Aqil. Aqil membiarkan air matanya mengalir.
    Alia terdiam. Alia mengambil kain yang ada di atas meja sisi di tepi katilnya. Dia mengelap air mata Aqil yang mengalir itu.
  "Aqil, maafkan Alia sebab selalu cari pasal dengan Aqil. Selalu menyusahkan Aqil. Buat Aqil marah," Alia tidak menjawab soalan yang diajukan kepadanya tadi.
      "Dah lama Aqil maafkan Alia.," jawabnya mendatar.

Tiba-tiba, Alia merasakan sakit yang teramat sangat. Jantungnya berdegup kuat. 
Dia cuba untuk menahan kesakitan itu.  Dalam menahan kesakitan itu, dia cuba untuk mengukir senyuman.
 Menyembunyikan sedikit rasa sakitnya daripada Aqil.
    "Aqil! Kita BFF, kan?," soal Alia yang masih dalam kesakitan.
        "Bagi Aqil, Alia lah BFF Aqil!,"ujar Aqil seikhlas hatinya.
 Alia tidak dapat menyembunyikan rasa sakitnya di sebalik senyumannya. Wajahnya benar-benar pucat. Aqil yang mula perasan akan riak wajah Alia yang cuba untuk menahan sakit itu mulai risau.
     "Alia!!  Jangan macam ni! Aqil sayang Alia.  Tolong, jangan tinggalkan Aqil. Bertahan Alia, bertahan!,"jerit Aqil dalam tangisan. Air mata mulai mengalir dengan deras tanpa ditahan.
          "Aqil, take care of yourself. Jadilah anak yang soleh dan jangan lupa Allah ya?," pesan Alia.

  "Arghhhhhhh! Ya Allah!!," jerit Alia.
Kini, Alia benar-benar tidakk dapat menahan sakitnya.  Nafasnya kian tak menentu.
Sungguh sakitnya terasa sangat perit sekarang.
    "Mengucap Alia, mengucap!," pujuk Aqil. Aqil mengucap, dan Alia menurutinya dengan perlahan.
Selasai sahaja Alia mengucap, nafasnya terhenti. Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di samping rakan baiknya itu, Muhammad Aqil Zulhusni.
  "Alia? Alia?," Aqil memanggil-manggil nama Alia berulang kali namun tiada sahutan. Barulah dia sedar bahawa sahabat baiknya itu telah pergi untuk selama-lamanya.
Aqil tidak dapat menahan tangisannya. Dia terlalu sedih di atas pemergian sahabatnya itu.
         " Aliaaaaaa!," teriak Aqil. 
Doktor mula memasuki ruangan yang menempatkan Alia itu, diiringi dengan jururawat dan ahli keluarga Alia.
Jelas kelihatan kesan tangisan di setiap mata keluarga Alia.
  Masing-masing tidak dapat menerima hakikat bahawa Alia telah pergi meninggalkan mereka. Aqil sebak. BFFnya sudah pergi meninggalkannya.
Ingatannya bersama Alia mula menjelma. Ia seolah-olah seperti baru sahaja berlaku.

"Alia, Alia lah BFF Aqil. BFF dari Facebook. Apakan daya hubungan kita tak mampu bertahan lama. Jika tidak,  pasti Aqil melamar  Alia untuk dijadikan isteri Aqil yang sah.
    Innalillahi wainna illahi rahiun," rintih Aqil dalam sebak.

**********

Sesungguhnya, kisah ini adalah salah satu dari karya aku. Yaaa, aku suka menulis. Aku suka berimaginasi sampaikan over melampau. Sampaikan, pa yang ada disekeliling aku, aku akan berimaginasi sampailah aku jadikannya umpama satu cerita.
Muhammad Aqil Zulhusni ni sememangnya sahabat aku dan kitaorang memang kenal dari Facebook.
Dia ada masa aku memerlukan dia. Berkongsi cerita mahupun masalah.
Satu malam tu, sedang aku asyik 'texting' dengan dia. Tetiba, papp ! Pensel dan buku terus aku capai. Jari jemari dan otak mula menari berjoget umpama sehati berdansa *ayat over tanak kalah*.
Tanpa sedar, Aqil jadi inspirasi. Permulaan cerpen ni memang tentang aku dan Aqil. Tapi, sampai part jumpa tu sampai lah ke ending tu hanyalah rekaan semata-mata.











Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum