Kalau nak cari yang sempurna, bukan disini. Pergilah cipta satu watak dan jadikan watak itu sesempurna yang kau inginkan. Aku, kau dan mereka tak sempurna di mata Tuhan. Ingat tu.

Friday 6 December 2013

Pergi.


ASSALAMUALAIKUM.
.


Pergi.

Tiada siapa yang peduli.

Ingin sekali aku pergi jauh, jauh dari sini.

Aku umpama tidak wujud.

Aku diperlukan disaat dirimu susah.

Sewaktu dirimu memerlukan pertolonganku.

Hmm..

Apakan daya...

Aku seolah-olah seseorang yang tidak penting.

Siapalah aku dibandingkan dengan mereka.

Aku hanya mampu untuk berpura-pura,

Berpura-pura untuk menutup segala rasa kesedihan dan  rasa sakit di hati ini.

Mengapa mesti berbohong?

Adakah aku ini senang untuk diperbodohkan?

Mungkin.

Aku tidak sesempurna mereka yang lain.

Tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibanggakan.

Tidak mampu membuat kau tersenyum bahagia.

Ingin sekali aku pergi jauh dari sini.

Meninggalkan segala yang ada.

Hanya untuk melepaskan rasa sakit di hati ini.

Biarkan aku keseorangan.

Aku ingin mendekatkan diri padaMu.

Aku ingin mengadu padaMu.

Sesungguhnya.

Kaulah yang mahu pemurah lagi maha pengasih.





Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment