Kalau nak cari yang sempurna, bukan disini. Pergilah cipta satu watak dan jadikan watak itu sesempurna yang kau inginkan. Aku, kau dan mereka tak sempurna di mata Tuhan. Ingat tu.

Friday 27 June 2014

#4 Malam Gala


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Dah selesai dah pun semua.
25 Jun baru2 ni, U tempat aku belajar ada buat Malam Gala khas untuk pelajar FiTA.
Fakulti Filem, Teater dan Animasi. Sebelum berlangsungnya Malam Gala, kami junior part 1 ada Midas5.0 yang dihandle oleh pelajar senior part 5. Alhamdulillah semua okay. Happy sangat sebab kenal dengan senior-2. Tapi dugaan asyik datang. Tatau lah kenapa. Tatau apa salah kami semua. Sebak rasanya bila benda ni berlaku. Kami tak dapat habiskan Midas atas sebab tertentu. Kecewa. Bila kami dipandang macam tanak dipandang.. Sedih tau. Bila yang lain mula memerli dan bertanyakan soalan yang tak dapat kami nak jawab.. Walaupun bukan salah kami, kami jugak yang terpaksa hadapi.

Midas dihentikan. Apa kau rasa bila jadi camni? Saat dimana kami mula rapat dengan senior dan kawan-2 yang lain, kenapa benda ni terjadi? Sedih. Maafkan kami. Kerana menghancurkan segalanya. Alhamdulillah, Malam Gala tetap diteruskan. Kami disini tetap akan membuat persembahan untuk malam gala. Kami akan buktikan! Because we are Ferrari! Susah sebenarnya untuk memujuk hati orang yang sedang marah, sedih , kecewa dan hampa. Tapi, setiap dugaan yang datang menimpa pasti ada hikmah. Mungkin ada sinar yang akan hadir.

Kami dibenarkan untuk membuatkan latihan bersama senior part 5. Terima kasih akak abang yang sudi menerima kami semua kembali. Terima kasih sesangat. Saat akak abang menyokong kami, memberi tunjuk kepada kami dan segala kenangan yang ada pasti akan saya simpan dalam ingatan.

Group aku, ELITE kena buat tarian Kpop lagu Super Junior. Nak nangis je rasa. Aku mana layan lagu kpop semua ni. Tapi sebab nak buktikan, aku belajar! Pada awalnya, memang agak kaku ah kan rasa nak menari tu sampai kaki tangan pinggang belakang semua sakit. Cam orang tua dah aku rasa. Lama-2 alhamdulillah okay walaupun aku menari laju hahahahahahha okay sorry-2.






















Dugaan masa nak practise pun boleh tahan gakkkkk. Bila kena tegur tu haa nak nangis je rasa. Tapi, ni semua untuk kebaikan kita gak. Thank you Acap sebab kau jadi ketua yang baik dan sangat pemurah sebab asyik belanja kitaorang air heheheh. Kau pun sabar je dengan kitaorang yang seribu macam perangai. Maafkan kitaorang weh sebab kitaorang ah, kau menangis. Kekadang rasa cam nak baling kerusi meja semua bila kau cari pasal dengan aku err kwajaaa ah acap. Inna, terima kasih sebab edit video untuk kitaorang memahamkan diri sendiri camne nak menari kpop haha almaklumlah, saya ni tak layan lagu kpop hmmm. Dari step yang susah, kau jadikan senang.Sabar dengan perangai kitaorang lagi haaa. Thanks Inna dan Acap sebab ajar kami menari. Dengan step yang korang ajar tah camne korang boleh menari kpop pun aku tatau.

Tak lupa jugak kepada ahli group yang lain. SR, Finaz, Alynn, Zata, Tasha, Fifa, Atikah, Aji, Faiz dan Harith. Thanks sebab kita semua sama-2 berusaha untuk persembahan pada malam gala. Pada akak dan abang senior pun samaaaaaaa! Kak Sha, Kak Shuhada, Kak LJ, Kak Salmah, Abang Shah, Abang Op, Abang Zakwan, Abang Anas di atas tunjuk ajar, teguran semua tu lah. Terima kasih sangat-2.




Rasa puas sangat masa Malam Gala tu bila kitaorang menari. Memang kitaorang dah all out dan enjoy habis ahhhh. Ni semua untuk balas budi akak abang semua! Heheheh. Dengan kitaorang menari siap jatuh terbaring pastu menari sambil pegang tepung lagi haaaaa. Rasa macam woww gitu bila penonton enjoy dengan perfomance kami sampai ada yang ikut menari sama kat bawah hahahaha. Dengan tepukkan yang kuat dan nampak ah muka dorang enjoy.  Paling terkejut bila dorang nak kitaorang buat lagi sekali persembahan hahahaa tapi maafkan kami sebab ada lagi 11 kumpulan yang menarik tertarik akan buat persembahan hehehe




Bersyukur sangat bila kami dah diiktiraf sebagai family FiTA dan walaupun kami dah ubah adat.. Tapi kami dah berjaya buat sesuatu yang bermakna untuk Malam Gala. Secara tak langsung, benda ni semua dah berjaya buat kami kenal antara satu sama lain dan rapat secara tak langsung. Alhamdulillah.


Assalamualaikum. FiTA the best !

Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment