Kalau nak cari yang sempurna, bukan disini. Pergilah cipta satu watak dan jadikan watak itu sesempurna yang kau inginkan. Aku, kau dan mereka tak sempurna di mata Tuhan. Ingat tu.

Saturday 31 May 2014

Shapadu.

Assalamualaikum and hello !


Alhamdulillah aku dah pun menamatkan perkhidmatan di Lebuhraya Shapadu Sdn Bhd. Adalah dalam 5 bulan lebih kot aku kerja sana. Rasa macam tak percaya je dapat bertahan lama kerja sana. Sedih sebenarnya nak tinggalkan Shapadu. Shapadu ni ada tiga plaza tol tau tau! MOC, KTB dengan Bukit Raja. Aku yang dekat MOC.
Semua yang bekerja kat sini semuanya Alhamdullilah sangat sporting. Sayang kat dorang sangat sangat sangat! Bagaikan ahli keluarga tau kitaorang semua. Banyak kenangan dalan 5 bulan lebih ni. InsyaAllah tak lupa selagi tak hilang ingatan. Kalau boleh nak cerita macam-2 kenangan sepanjang aku bekerja kat sini! Like seriously, banyak weh... Banyak ! Dari jurutol, cleaner, statik, peronda, maintenance, penyelia dan orang office.. Ya Allah, rindu dah ni ! Kalau nak cakap nama satu-2 memang payah weh payah!

Orang banyak pelik bila aku bagitahu yang aku ni kerja sebagai jurutol. Orang macam eh ye keeeee serius ah! Ye lah, kan a few jurutol di tol-2 lain macam Plus tu agak berusia. Tapi, kat Shapadu? Muda-mudi semuanya heheheehhee. Shapadu ni memang amek pelajar lepasan SPM. So, sementara tunggu result SPM pun boleh kerja sini tau. Lagi satu nak cakap, kalau dah kerja tol ni kan memang bermacam jenis orang engkau jumpa haha. Dan yang paling best bila user tu dah rapat dengan kita. Mana taknya, dah hari-2 dok mengadap muka yang sama!

Siapa sangka, dari langsung tak kenal.. Korang jadi rapat! Korang jadi selesa dengan dorang. Ada silap, dorang tegur. Kita tatau, dorang ajar. Ada 8 orang yang sebaya dengan aku yang kerja tempat yang sama.

Ria, Shaz, Nazihah, Zafirah dan Shafiana. Kita kenal since December 2013. Tahu tak dia punya bahagia tu macam mana bila kita semua jadi geng? Kepala otak sama je sengal kekadang. Kalau dapat satu lane memang jangan cakap ahhh dia punya kecohnya macam mana hehee. Bercerita tak ingat dunia! Even, kekadang ada salah faham apa lahh.. But yeahhh we still together. Alhamdulillah, sekarang ni memasing dah sambung belajar. Tak lupa juga pada Eja. Walaupun kita baru kenal, kita still sekepala. Lagi-2 dengan kau yang blur kekadang hahaha.

Kamarul, Najib, Amirul dan Asyraf. Haaa korang berempat ni antara 4 jejaka yang sempat aku berkawan dan satu lane. Korang berempat memang happening! Tapi, bila aku dah nak berhenti.. Masuk pulak Amirul Irfan dengan Zaki. Satu lane tak pernah tapi pernah lah tukar job. Tak sempat aku nak mencari pasal dengan dorang. Cuma sempat cari pasal dengan Amirul Irfan je! Aku sempat lagi masatu sepahkan duit kau hahahaah.

Kak Maizatul memang garang. Disebabkan asyik satu lane je dulu, mesti aku diam je. Then, aku tak kira! Nak gak cakap dengan dia. Alhamdulillah, kitaorang sempat main tolak-2 kepala lagi hehe sampaikan bila jumpa dia je mesti kata 'jodoh kita kuatlah kak' sebab asyik jumpa je hehe. Kak Revathi pun boleh tahan garangnya tapi lebih banyak gilanyaaaa! Ngko tahu tak, kak Reva paling over cari pasal dengan aku. Kalau satu lane dengan dia, mesti dia kacau aku sampai aku melatah depan user! Sampaikan ada user pernah cakap 'takpe dik, saya tak dengar' hahahaha. Kak Fara pun boleh tahan jugak rapat dengan aku sebab kitaorang asyik sama syif. Dia ni kecik molekk, tapi suarannya bagai nak gegar satu bangunan! Hahah kalau abang angkat dia lalu je mesti aku kata 'Kak Fara takde!' hahaah. Kak Damia ni pulak lain ceritanya sebab dia lembut. Tapi macam nak acah-2 kasar hahahah camne tu? Kak Damia pun boleh tahan sporting.

Kak Shakina pulak, time kerja memang stok makanan dia sentiasa ada hahah badan je kurus tapi kuat makan. Kak Ziehan pulak boleh tahan gila dia tau kekadang kalau berborak sebab dia jenis sempoi dan asyik minta aku kek chocolate je hehe. Kak Syafiah lain pulak. Ada mood okay, dia memang okay dan baik gitu tapi bila mood tak okay, jangan dikacau! Kak Suria ni dia macam matang dan serius. Sampai kekadang kalau nak borak dengan kak suria kena ada topik yang logik sikit hehe. Kak Syazwani, dia jenis jaga penampilan diri dan suka cerita pasal tunang dia haha. Kak Fariha ni haaaa pulak, walaupun dah beranak pinak. Dia punya lawak tu kekadang sampai aku takleh stop nak gelak tau! Kak Aliah ni dia jenis macam cool~ Haaa camtu! Bila berborak memang sekepala! Kak Najihah ni paling jarang aku jumpa tapi paling suka bila dia cakap bahasa utagha! Hahahha. Kak Sangari ni haaa pulak, boleh tahan gak kalau dapat satu lane dengan dia. Kang mula ah menyanyi dalam lane hahaa.

Soooo, tulah dia jurutol-2 kat sini. Kalau boleh, nak cerita banyak pasal dorang ni tapi tangan ni dah tak larat nak menaip. Tu yang describe sikit je pasal dorang. Hm baby Ria, Shaz, Nazihah, Zafirah dan Shafiana. Aku malas nak cakap pasal korang sebab nanti kang aku akan cerita non-stop weh! Hahaaha jahat tak?

Bercakap pasal user pulak, korang bila dah kerja sini mesti akan rapat punya dengan a few user. Paling aku rapat dengan sorang pak cik yang bawa lori 99 speedmart. Dulu kan pak cik ni dia macam diam je muka pun masam. Tapi aku still senyum! Sampaikan pernah pak cik tu kata yang aku sama cam anak dia. Dia buatlah muka masam camne pun kang anak dia mesti senyum.So, aku pun dah macam rapat ngan pak cik tu. Bila aku kata dah nak berhenti, kang dia mesti nasihat suruh belajar rajin-2. Ada user yang suka bagi makanan lah hahaahahah. Paling teruk perangai aku bila dengan user yang menggatal ni kang aku buat bodoh pastu pandang kerek dan tutup tingkap! Hhahaha bukan apa, tak sukalah. Lagi-2 yang minta number. Kalau user bagi duit besar pastu aku tanya takde duit kecik ke. Then dia buat bodoh camtu dengan muka kereknyaaa, bengang betul. Apalagi aku, kalau boleh kan nak kira balance tu 4 ke 5 kali tau! Biar dia tunggu lambat hahahaahahha. Kalau nak cerita, macam-2 wehhh!

Paling lawak bila user dah biasa tengok kita dalam lane. Kan nampak kepala dengan tangan. Bila dia nampak kita keluar lane atau nak masuk lane kang mesti dia pandang je -.- Pastu benda ni paling banyak terjadi! Bila user tanya jalan, aku bagai nak rak terangkan. Then, jawapannya yang paling menyakitkan hati bila user kata 'Adik ni cakap ke rap?' Waduhhhh sorry lah saya cakap laju. Hahaha


Kepada dorang yang pernah bekerja dengan aku. Aku nak minta maaf andai terkasar bahasa, terkutuk atau buat korang tak senang dengan aku. Saya minta maaf :)

Okay, sampai sini jeeee nak bercerita. Nak kena packing barang sekarang ni sebab esok dah masuk sambung belajar. Sorry guys!

Assalamualaikum.


Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment