Kalau nak cari yang sempurna, bukan disini. Pergilah cipta satu watak dan jadikan watak itu sesempurna yang kau inginkan. Aku, kau dan mereka tak sempurna di mata Tuhan. Ingat tu.

Thursday 1 May 2014

Cerpen : BALASAN

TAJUK : BALASAN.


Asap rokok dihembus perlahan oleh Amirah. Sudah seminggu dia begini setelah berkenalan dengan seorang jejaka. Hidupnya mula berubah perlahan-lahan. Langsung tidak menghiraukan mata yang memandang di luar sana.

   “ Amirah, kenapa boleh berubah sampai macam ni sekali? Mak ayah tak ajar pun Amirah merokok. Tak elok merokok ni nak.. ,” sayu hati Mak Kiah bersuara.
 
Amirah yang terkejut dengan kedatangan Mak Kiah ke dalam biliknya, berkerut dahi. Sudahlah tidak mengetuk pintu, malah sempat memberi nasihat lagi. Sakit telinga Amirah mendengarnya.

“Mak, kalau sehari tak membebel tak boleh ke? Telinga orang ni dah penat nak dengar mak membebel benda yang sama hari-hari. Bernanah telinga orang ni dengar, mak!,” jerit Amirah
Mak Kiah memandang anaknya dengan wajah yang sayu. Ibu mana yang tak sayangkan anak?
Ibu mana yang mahukan anaknya terpesong ke jalan yang salah.

“Mak dah tua. Mak menegur kamu supaya kamu sedar apa yang kamu buat ni salah. Berhenti merokok, nak. Tak elok untuk kesihatan. Mak sayangkan kamu. Berubahlah Amirah,” jelas Mak Kiah. Mak Kiah tak pernah putus untuk berhenti menasihati anaknya.

“Hidup aku, suka hati aku nak buat apa. Kau tak payahlah sibuk nak nasihatkan aku. Aku tak susahkan kau pun nak beli rokok semua ni. Ada aku minta duit engkau? Takde kan? Kau diam je lah! Tak payah nak memekak kat aku!,” bentak Amirah.

Terduduk Mak Kiah apabila anaknya sudah ber’kau aku’ dengannya. Mak Kiah sedih. Sedih dengan perubahan anaknya yang satu ini. Makin lama, entah kenapa anaknya makin bersikap kurang ajar dengannya. Amirah juga sering keluar malam. Langsung tidak memikirkan kesan buruk yang akan datang menimpa kepadanya nanti.

“Ini mak, nak. Mak yang melahirkan dan membesarkan kamu. Sedarlah, Amirah,” rintih Mak Kiah. Air mata seorang ibu mula jatuh. Air mata mengalir dari kedua kelopak matanya dengan perlahan. Perasaan seorang ibu tidak dapat dipendam lagi. Air mata yang menitis itu sendiri sudah menunjukkan betapa besarnya kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Tidakkah kau tahu, Amirah.. Berdosa seorang anak sekiranya membuatkan air mata seorang ibu itu mula menitis.

“Aku tahu yang kau tu mak aku. Aku tahu! Dah sah-sah dekat surat beranak aku dah ada nama kau. Ha lagi satu, aku tak pernah pun minta kau lahirkan aku. Ada aku minta? Aku pun tak inginlah kau besarkan aku. Baik kau campak je aku kat tepi longkang kalau kau rasa aku ni hidup menyusahkan kau! Kau keluar sekarang!,” Amirah pantas menolak ibunya keluar dari bilik lalu mengunci pintu.

 Tanpa sedar, dahi ibunya terkena pada bucu meja. Darah keluar tanpa henti. Mak Kiah mengoyakkan sedikit bajunya untuk diletakkan di dahi untuk menghentikan darah yang semakin banyak keluar. Dahi Mak Kiah pedih. Tapi, lagi sakit dan pedih hati Mak Kiah apabila anaknya berbuat begitu. Ya Allah, adakah ini semua salah aku? Mungkin ini salah aku yang tidak mendidik anakku dengan betul.

“Nak, mak tak salahkan kamu. Mak yang salah mendidik kamu. Mak tak mampu berikan kamu kehidupan yang sempurna. Mak yang salah. Doa mak untuk kamu takkan pernah putus. Mak akan sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk kamu. Ini semua salah mak, nak… Salah mak,” Mak Kiah bersuara perlahan.



Komputer riba dibuka. Amirah semakin leka dengan laman sosial. Pak Leman yang merupakan ayah Amirah hanya memerhatikan gerak geri anaknya. Ya, anaknya memang sudah berubah. Azan Maghrib sudah kedengaran tapi Amirah menghiraukannya. Seolah-olah tidak mendengar azan itu.

Sejam berlalu. Azan Isyak pun sudah masuk. Tapi, Amirah masih leka dengan komputer ribanya.

“Amirah, solat,” kata Pak Leman.

“Kejap,” balas Amirah. Tapi masih tidak berganjak dari tempat duduknya.

Tidak boleh jadi ini. Pak Leman menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa untuk menegur anaknya. Perkara macam ni tidak boleh berterusan. Sudah seminggu lebih Amirah tidak solat. Tak mungkin anaknya itu masih ‘cuti’.

“Tinggalkan kejap benda tu. Tak lari kemana pun. Pergi solat sana,” Pak Leman menegur cara baik. Masih tidak diendahkan. Amirah masih disitu. Bergelak ketawa dan tersenyum-senyum di hadapan komputer riba itu.

Laju Pak Leman merampas komputer riba tersebut sehingga tak sempat ditahan oleh Amirah.

“Ayah dah kenapa? Bak sini!,” Amirah bergelut dengan ayahnya untuk mengambil kembali komputer riba tersebut. Akhirnya, komputer riba tersebut jatuh. Amirah terpijak skrin komputer riba itu sehingga retak. Amirah mendengus.

“ Ini semua salah ayah! Ayah ni memang ayah yang tak…,” kata-kata Amirah terhenti.

Panggg!!

Satu tamparan hinggap ke pipi Amirah. Amirah terkesima. Tidak pernah ayah menamparnya. Tapi? Hanya sebab solat sahaja, Amirah ditampar. Pipinya pedih.

“Kalau dah nak mati, ajal kita dah sampai.. Takdenya sekejap sekejap. Nak mati, terus mati. Sama juga macam solat, dah masuk waktu. Terus solat!,” pekik Pak Leman. Sakit hati Amirah setelah ayahnya sanggup menampar dan memarahinya kerana dia tidak solat.

Kerusi terus dicampak oleh Amirah. “Ayah dengan mak, sama je! Makin lama aku kat rumah ni, makin sakit hati!,” Amirah bengang lantas pintu biliknya ditutup dengan kuat. Perasaan marahnya makin membuak-buak.

   “ Engkau saje je kan cari nahas dengan aku. Takpe takpe, kau tunggulah nanti. Kau tunggu !,”
bentak Amirah. Telefon bimbitnya dari tadi ditekan tekan seolah-oleh mencari nama seseorang.
    
Iskandar.

Butang call ditekan.


Beg galas yang memuatkan pakaiannya dikemas. Keluar dari rumah. Itulah yang terlintas di kepalanya sekarang. Apa yang Amirah inginkan, hanyalah kebebasan. Dia tidak mahu sesiapa pun yang boleh menghalangnya dari melakukan semua perkara yang dia ingin lakukan.

Beg galas digalas. Sewaktu, melangkah keluar dari bilik, Mak Kiah terus memeluk anaknya. Tidak mahu anaknya pergi.

Amirah rimas. Dia mahu cepat-cepat keluar. Sungguh dia tidak sunggup meninggalkan kedua orang tuanya tapi apakan daya, ego menguasai diri. Pak Leman hanya membiarkan. Langsung tidak berbuat apa. Harapannya hanya satu, dia juga inginkan anaknya berubah. Tetapi, anaknya sendiri tidak berusaha untuk mahu berubah.

Bunyi hon motosikal kedengaran. Pantas sahaja Amirah menuju ke pintu utama rumah mereka.
Dia ingin pergi. Pergi meninggalkan kedua ibu bapanya.

“Nakkk, jangan tinggalkan mak. Mak sayang kamu. Mak taknak kamu jadi anak derhaka!,” rayu Mak Kiah. Rayuan ibunya, langsung tidak dihiraukan. Amirah berlalu pergi. Terduduk Mak Kiah disitu. Dia tahu, anaknya itu sudah nekad dengan keputusannya.



Motor yang dinaiki Amirah dipandu laju. Amirah dan teman lelakinya bergelak ketawa di atas motor. Mereka gembira kerana akhirnya Amirah bebas dari kedua ibu bapanya. Tiba-tiba, lori yang melintas di hadapan mereka berhenti secara  mengejut. Mereka terkejut. Brek motor ditekan. Tetapi, tidak berfungsi. Amirah dan teman lelakinya mula panik. Mati. Itulah yang terlintas di fikiran mereka.

Bunyi dentuman yang kuat mengejutkan beberapa penduduk di rumah yang berhampiran. Motor yang dinaiki Amirah bersama teman lelakinya merempuh lori tersebut lalu terpelanting.
Darah-darah merah mula kelihatan.


Mak Kiah dan Pak Leman bergegas ke tempat kejadian setelah diberitahu oleh penduduk kampung tentang kemalangan yang menimpa anak mereka.

Terkejut Mak Kiah dan suaminya melihat keadaan anaknya yang parah. Hampir keseluruhan badan dipenuhi dengan darah. Terdapat banyak luka-luka dan calar dibadan anaknya itu. Anggota badan Amirah tidak boleh bergerak kerana sakit.

Air mata mula membasahi wajah kedua-dua orang tua itu. Begitu juga Amirah.
“Mak.. Ayah… Ma..maafkan Amirah. Amirah berdosa.  Amirah bukan anak yang baik,” ujarnya sayu. Mak Kiah dan Pak Leman menangis teresak-esak. “Kami sudah memaafkan kamu,” air mata tak henti-henti mengalir. Nafas Amirah tercungap-cungap. Suasana menjadi pilu..


“Amirah sayang mak dengan ayah. Amirah tahu Amirah bukan anak yang baik. Maafkan Amirah"

Itulah ayat terakhir yang keluar dari mulut Amirah sebelum dia menutup mata. Ayat itu akan sentiasa Pak Leman dan Mak Kiah ingat sehingga ke akhir hayat mereka. Amirah sudah benar-benar pergi. Pergi meninggalkan mereka. Mungkin, ini lah balasan yang telah Allah berikan kepada Amirah di atas segala perlakuan yang dilakukan selama ini. Allah itu maha berkuasa.

    
******


Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment