Kalau nak cari yang sempurna, bukan disini. Pergilah cipta satu watak dan jadikan watak itu sesempurna yang kau inginkan. Aku, kau dan mereka tak sempurna di mata Tuhan. Ingat tu.

Saturday 24 May 2014

Alhamdulillah.


  • Assalamualaikum w.b.t
    Sebelum apa-apa, Alhamdulillah di atas semua ni. Aku bersyukur dengan apa yg telah aku peroleh. Like seriously aku macam adakah ini semua benar?! Weh alhamdulillah. Alhamdulillah.


    Dulu masa sekolah, memang aku tak terpikir dan tak teringin pun nak masuk uitm sebab aku rasa macam dalam tu banyak yang pandai. Pastu macam ramai yang susah nak masuk so keinginan untuk ke sana bagi aku memang mustahil. Mustahil sangat. Rasa macam diri ini tak layak. Aku asyik fikir nanti mesti aku masuk swasta. Amek kemahiran ke kan? Asalkan sambung belajar. Cuma tidak ke uitm. Lagi2, ada yang kata kelas aku ni tak layak dapat diploma kat uitm. Kalau dapat pun pra dip atau sijil sahaja. So? Lagi sekali aku rasa macam iyee aku tak layak. Sedar diri sikit zaty. Kau tak layak. Kau bukan dari kelas depan dan bukannya budak pandai dan bukannya rajin sangat. Bila org macam semua ada rasa nak ke u.. aku? Teragak-2 sebab tak yakin aku boleh.
    Aku cuma suka dua bidang.Yang ada berkaitan dengan budak atau menulis. Tu je. At first rasa macam nak budak tapi mama tak restu. Hm sadis gila do. Menulis pulak cam tak yakin sebab benda ni bukan senang weh bukan senang kau kena perah otak berimaginasi bagai.

  • Bila pergi uitm shah alam ada program selangkah ke uitm ke apa tah, orang tu terangkan tentang course penulisan artistik. Then, mama macam wokeyyyyy yeay alhamdulillah. Aku suka baca novel. Baca cerpen semua ni tapi tak suka baca buku belajar tu hahahaha so lulzss. Time PMR aku down sebab aku nak bm aku A! Bermula dari situ, aku usaha lebih dalam bm. Paling suka karangan. Favourite. Nanti mulalah menulis tak sedar diri. Sama macam Bi jugak. Essay. Best doh! Sebab dia macam tak terikat kan karangan ni. So rasa cam bebas. Tapi iyaaa aku tahu aku tak hebat dalam menulis. Iyaaa aku tahu tatabahasa aku kelaut. Tapi dah minat kan. Semua benda ni boleh belajar. Usaha zaty usaha. Sekali kau nak, kau kena berusaha untuk mendapatkannya! Time sekolah pun cikgu bm boleh terima apa yg aku minat. Bm masa form 4 5 memang tak main main. Target setiap exam utk bm b+ dan ke atas. Dan yessss aku berjaya. Spm? Alhamdulillah aku A. 


    BI? Nak menulis pun mesti kena ada in Bi. Susah kan? But yeahh we have to work hard to improve our english. Time nak spm aku still tak yakin nak masuk u. Susah. Tak best. Tu yang aku fikir. Macam tanaklah kiranya. Tapi bila dah spm memang aku jawab semua tu sehabis boleh dan termampu. Dapat result je alhamdulillah syukur. Walaupun hanya 2 A dan lain credit tu pun dah kira syukur. Sebab apa yang ingin aku capai aku dapat. Cuma perdagangan tak dapat A sebab susah sangat. Math target B pun tak dapat sebab salah aku gak tak practice latihan mengikut masa so masa tak cukup nak jawab soalan haha. Semenjak tu aku macam still was was.


     Sampailah masa nak isi upu. Ya, aku yakin dengan pilihan aku sendiri. Bila dapat pergi interview untuk course yang aku mintak tu I was like you have to do this! Memang aku buat persediaan lah before pi interview tu. Saat melangkah masuk uitm tu. Niat aku untuk sambung belajar makin membuak buak. Dah berangan weh nak masuk u. Berangan dgn impian aku. Cuma, adakah ini semua akan menjadi realiti? Family aku pun macam dah yeahh you know sape tanak kan anak dia masuk u. Masa tu aku terus yakin iyaaa aku nak masuk u! Nak jugak! Aku harap, bila aku dapat sambung belajar kat u, mama dgn abah aku akan happy. Dan nak tebus semua ni untuk mama.


     Aku sendiri tak pasti apa yg akan berlaku dalam hidupn aku semasa dalam u dan jugak selepas u. Tapi, buat masa ni kena belajar bebetul. Bila nak check upu tu macam risau sangat aku boleh dapat ke niiiii? Hm tak yakin sebab course ni memang tak famous sangatt hababhaa. So jumlah pelajar yang nak pun aku tak sure ramai ke tak. Tapi, tempat terhad. Kalau ramai yang mintak, boleh ke aku dapat? Kalau sikit yang mintak insyaAllah boleh dapat. Alhamdulillah dapat. Memang aku menangis sorang-2 kat tmpat kerja! Hahahahahahahahahaha. So ciwekkkkk kan? Hahaha kesah. Alhamdulillah dapat kat puncak perdana so dekatlah hehehehe senang hidup tak jauh dari keluarga. Dulu mama pelajar terbaik kat sekolah untuk spm dan stpm. Tapi disebabkan kesempitan hidup, mama kena kerja dan tak dapat sambung belajar. Mama, ni hadiah untuk mama. InsyaAllah along janji akan belajar betul-2. Abah, ni jugak untuk abah. Abah yang penat lelah bekerja untuk bagi kami semua makan dan keperluan.


    • Ini yang aku nak.
      Ini yang aku impikan.
      Ini yang aku harapkan.
      Aku kena yakin yang aku boleh buat semua ni walaupun sukar.
      Kejayaan takkan datang bergolek kalau kita tak usaha.


Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment