Kalau nak cari yang sempurna, bukan disini. Pergilah cipta satu watak dan jadikan watak itu sesempurna yang kau inginkan. Aku, kau dan mereka tak sempurna di mata Tuhan. Ingat tu.

Wednesday 28 August 2013

Raya with my handsome and beautidul friends.



Assalamualaikum w.b.t.
Di malam yang hening ini, angin bertiup sepoi sepoi bahasa apabila suis kipas dibuka.
Ah, dah boleh buat iklan shampoo dah aku ni.
Ditemani dengan kedengaran bunyi tv yang aku buka tapi tade orang tengok dan lampu yang tak seberapa nak pasang untuk membangkitkan mood nak menaip membuatkan aku ingin taip entry ni cepat-2 sebab esok ada paper Math dengan Sejarah. *trial SPM*
Dan dan, ditemani dengan lagu dari blog sendiri.
Uhuk uhuk, testing one two three.

"Aku merindukanmuu setengah mati, merindu... Blablablabla"

Baiklah, aku dah malas nak merepek kerepek memalam buta ni, kang ada pulak hantu yang dok mengilai baca blog aku yang terlalu awesome tahap maksimum ni. *Ini poyo ini poyo*
Cerita ni dah lama punya kisah. Adalah dalam dua minggu lepas. Bersamaan dengan 336 jam yang lalu.
Time ni, still 'cuti raya' lagi. Then, Ria call ajak raya esok. Mama pun okay je lah.
Maka, berayalah kami esoknyaaaaa.
Ingatkan, Cik Mok Molek kita ni ada. Rupanyaaa, beliau masih di Kelantan.
Kemain raya sakan si Elah tu. Hahaha.

Okay, pada awalnya aku, Jieha serta Ria pergilah ke rumah Mizan dahulu.
Naik keretaaa kata kau! Well, I kan dah hado lesen kereta :3
Malangnya, itu semua hanya mimpi. Tsk tsk tsk T.T
Makanyaaa! Aku naik motor dengan Jieha. Dan Ria sorang-2 bawa motor sendiri. Tiada peneman. Almaklumlah, selalunya Elah naik Ria. Tapi permaisuri agung itu tidak turut serta beraya.
Sesampainyaaaa kami di rumah Mizan, memang kitaorang yang over semangat sampai dahulu.
Jejaka idaman malaya tu tak sampai lagi haaa.
Eh, jap! Syazwan dah sampai dulu sebelum kitaorang. Hehehe, maafkan saya.
Kemudian, barulah si jejaka idaman malaya yang lain tiba ke teratak Mizan.

Jap jap jap!
Aku rasa macam ada yang tak kena......
Oh yaa! Pehal aku tak letak gambar aku awal-2 ni?
Mana boleh kalau tak letak gambar aku awal-2. Benda wajib tu !




Malu lah saya. Maluuuuuu! Lol
Time ni kat rumah Syuk. Menanti Bidadari Jieha ambil Puteri Ria kat mana tahhh.
Aku ditinggalkan bersama dengan jejaka idaman malaya yang tak seberapa nak malaya tu..
Mizan, Wan, Azrul, Haris dan dua lelaki yang tak diketahu identiti.
Dah macam tahanan orang kena culik je aku.
Aiseyyyman.
Harisssss!
I kill you! Selalu je cari pasal dengan aku. Erghhh, nasib aku penyabar orangnya.
Almaklumlah, dah biasa kena dah!


Agak-2, menyeramkan tak muka aku?
Haaaa kan dah kena, amek kau aku buat mata camtu.
Ada ke patut? ada ke patut?
Si Haris suruh aku senyap? Aku kan kena cakap! Mana boleh berhenti bercakap.

Eh eh, sambung balik cerita kat teratak Mizan.
Aku, Jieha dan Ria pun makanlah makaroni yang dimasak oleh Mama Mizan.
Bakal mak mertua Elah mannnnn! Hahahha xD
Agak pedas sikit, tapi kisah hape aku? Aku tambah jugak! Makan dua kali.
Pedas kalini kurang sikit dari kepedasan makaroni tahun lepas yang dimasak oleh Mizan!
Pedas gila ayam tahap perut aku macam dah ada mercun yang meletup-letup!
Haaaa, kay ni over sangat dah. Hiperbola semata-2.
Setelah selesai makan, kami pun tengok cerita Harry Potter kalau tak siap.
Oh mannnnnn, Harry Potter aku makin handsome!
Arghhh arghhh! Ya Rabbi, gediknya aku -.-


Sedih sungguh Ria tengok Harry Potter aku ni berlakon.
Mungkin, terlalu handsome Harry Potter tu sehingga membuatkan air mata Ria tidak berhenti-2 keluar.
Ish ish ish. Tabahkan hatimu Ria. 

Haaa, kali ni aku kelentong habis. Actually, Ria tak sihat masatu!
Kesian dia. Dengan sakit tekak, selsema, badan panaslah..
Jieha suruh tempek cool fever tanak! Katanya, macam budak-2. Kay Ria kayy hahah.

Kemudian, kamipun berayalah ke rumah Syuk.
Time kat rumah Syuk lah, sakit Ria makin melarat! Aiseyyyyman.
Termuntah-muntah Ria kat parit depan rumah Syuk.
Aku, sebagai kawan yang sangat baik hati lagi sweet dan penyayang pun mulalah menjalankan tugas sebagai kawan yang menolong rakannya yang tengah sakit dengan cari minta air kosong dari Wan ke Mizan entah.
Lalu, memberikan kepada Ria. Jieha pulak bagi Ria ubat ke apa tah.
Kalau ada Elah, agaknya Elah dah kipaskan Ria kot!
Maafkan aku Syuk! Sebab tak makan mee goreng.
Em em, sebenarnya aku tak makan sangat mee goreng.
Tapi, time tu nak makan dah! Cuma Ria pulak dah start muntah-2. Kang aku melantak sorang-2, kesian pulak Ria haaaaa.
Sebelum balik, salam kakak Syuk dulu. Pastu-2, dapat duit raya.
Aihhh, segan saya xD
Sampai ke dapur rumah Syuk aku masuk semata-2 nak salam mak Syuk hahahah xD
Sebelum balik, snap gambar dulu!
Btw, aku suka gila rumah Syuk! Ini serius! Siapa yang kenal aku, dia mesti tahu sebab apa aku suka.
Okay okay, mengikut kajian saintis semenjak aku dalam perut mama lagi..
Aku sangat suka pada rumah papan! Sampaikan, rumah idaman aku 'rumah papan'.
Fakta kay fakta.




Mizan 'merah' , Haris 'biru' , Syazwan 'purple' dan Azrul 'hitam'.
Ni haaaa si jejaka idaman malaya yang aku katakan tadi.
Well, i do love them!
Walaupun dorang sangat suka cari pasal dengan aku, takpelah.. Aku redha dan pasrah.
Doranglah jugak yang selalu membuatkan kitaorang tergelak dengan lawak dorang.



 Can I say something about this pictures?

'Awat warna tudung cheq sama dengan daun!!'
With Bidadari Jieha dan Puteri Ria. Tanpa Cik Mek Moleh Elah :'(
Bie, I sayang sangat kat you all tauuu!
Walaupun baby Ria selalu tarik tudung sekolah I masa kat kelas -.-
Walaupun sayang Jieha selalu texting 24/7 with Syazwan.
Walaupun anje Elah selalu potpetpotpet tanpa henti bercerita.

Elah, Jieha, Ria, Wan. Miza, Haris dan Haris lah sebahagian dari FRIENDSHIP aku.
And yeahhh, kalau ada yang tak tahu lah kan.
Alang-2 tu, aku bagitahulah jugak eh!
Aku, Elah, Jieha dan Ria dari sekolah yang sama. Kitaorang sekolah 'perempuan' okay.
Syazwan, Mizan, Azrul dan Haris pula dari sekolah yang sama. Diaorang sekolah 'lelaki'.
See? Kami dari berlainan sekolah!
Tak sangka persahabatan kitaorang akan seakrab ini.
Okay, lain hari aku update entry macam mana aku boleh kenal dorang tau!


#CoupleOfTheDay
Eh Zaty, pehal kau buat hashtag?
Maafkan saya kerana terbawa-bawa pengaruh Twitter dan Instagram ke blog. Heheh

Dahhh, kalini nak tunjukkan keayuan aku, Jieha dan Ria.









Ayukan kitaorang? Tahu dah tahu dah.........

Lepas beraya rumah Syuk, atau lebih dikenali dengan 'Syuk Bruce Lee'
Jangan tanya aku kenapa panggil Syuk dengan nama panggilan tu.
Hanya jejaka idaman malaya je tahu.

Rumah seterusnyaaaaaa,
jeng jeng jeng!
Rumah Jiehaaaaaaaaaa!



Dekat sini, kitaorang buat perkara yang wajib dulu. *Dah waktu Zohor*
Kemudian, aku dan Ria siap berlanding punya sedap dalam bilik Jieha.
Sempat lagi tu aku minta Jieha saterika sebab nak iron balik tudung aku dan Ria yang dah berkedut sementara tunggu si Jejaka tu melantak.
Kat sini, kitaorang makan mee kari. Ahhh, dapnyeww!
Aku tambah dua kali! *senyum tayang gigi*
Yang si jejaka tu, sempat lagi minta mak Jieha bantal sebab nak baring kat ruang tamu.
Ish ish, teruknya perangai hahahaha xD
Pastu pastu, Soleha dan Mimie pun datang beraya dan kitaorang ajak dia beraya rumah Wan lepas ni.

Destinasi seterusnyaa!
Rumah Syazwan yang ada banyak kucing -.-
Pergi rumah Wan, kena pakai helmet sebab jauh sikit dan lalu jalan besar.
Aku dengan Jieha lambat sampai sebab traffic light lama gila -.-
Nasib yang lain tunggu kitaorang sebelum nak masuk lorong rumah Syawan.
Salam Ummi Syazwan. Pastu duduk-2, minum-2 then makan!
Makan bihun goreng. Sambil makan, borak dengan ummi Wan.
Aiseyyyman, hidup aku dah tak tenteram.
Ada pulakkkk yang bawa kucing!
Errrrr -.- Cari pasal ah Ria.
Tak pasal-2, aku dah berlari bekejaran kat rumah Wan sampai nak meleleh air mata.
Dan sampai aku duduk sebelah ummi Wan. Hhahaha.
Time tu dah tak kira malu, ahh lantak sana dorang nak kata apa.
Aku memang tak boleh kalau ada ..........
Pastu gi dapur jap tengok Jieha basuh pinggan kat rumah mak mertua hahaha.
Bila pergi depan, Si Ria kot cakap suruh bawak masuk kucing yang lagi besar.
Ah, sudahhhhh!

'Acikkk, tolong saya!'
Ria betul-2 macam nak bagi kat aku. Tanpa disedari, air mata mula jatuh...
Memang depan dorang, aku langsung tak cover. Tu lah diri aku yang sebenar.
Sebelum balik, snap gambaq dulu!




Nampak perempuan free hair tu? Tu lah Mimie.
Yang tudung coklat pulak Soleha. Dan lelaki pakai songkok sebelah Haris tu, tak diketahu identiti.
Patutnya Wan ada dalam gambar. Dan laki sebelah Haris yang snap gambar.
Kay, nevermind hahah.

Jadi, tamatlah sudah entry untuk kalini !
Maaf diatas kemerepekan, kepoyoan dan keperasanan aku yang melebih dalam entry ni.
Oh yaaa, baju yang aku pakai masa ni, kebetulan sama dengan entry yang lepas.
Aiseyyyyyman, almaklumlah baju kegemaran kan sekarang sebab baju tu besar. Heheheh

Sebelum menamatkan entry kalini, haruslah ada gambar penutup !
Gambar penutup tu pula, mestilah gambar aku kannnnnn.
Kisah hapoooo aku, dah ni blog aku en en.






Candid by sape tah.
Syazwan ke Mizan ke Haris tah yang snap. Thankyouuu!


Assalamualaikum.

Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment