Kalau nak cari yang sempurna, bukan disini. Pergilah cipta satu watak dan jadikan watak itu sesempurna yang kau inginkan. Aku, kau dan mereka tak sempurna di mata Tuhan. Ingat tu.

Wednesday 25 September 2013

G R A D U A T I O N D A Y !


Assalamualaikum w.b.t
Selamat malam dan salam satu Malaysia! Uhukuhuk.
Now nak cerita something !
Something sesuatu yang hanya akan ada sekali sahaja dalam zaman persekolahan. Cewahhhhh ~
Masa 21 Sept 2013 haritu sekolah aku ada buat Hari Graduasi. Oh yeahhhh!
Graduation ni ah yang paling di nanti-nantikan oleh semua pelajar tingkatan lima.
Gila katakauuuuu kalau tak rasa dupdapdupdap jantung ni menanti hari graduasi.
Dari awal tahun lagi dah siap pikir nak pakai baju apa untuk graduasi.
Tipu ahhhh en kalau tak fikir semua tu! Masa trial pun kepala otak aku ni haa tak tenteram memikirkan graduasi nak pakai baju apa blablablabla~
Sehari sebelum graduasi, lepas balik sekolah terus siap-2 gi rumah Elah naik motor ngan Jieha dan Ria.
Seram tak seram ahhhh naik motor jejauh ngan dorang sampai ke Bandar Baru Klang.
Tegak je aku duduk doh! Dah siap boleh amek gambar ic dah aku rasa. Ria pulak kwajaq gelak-2 tengok aku masa kat traffic light. Aiseyyyyyman Ria sampai hatimuuu~ Hahaha.
Takleh blahh gi rumah Elah siap bawa baju, tudung siap ngan kasut sekali tu sebab nak test kat rumah Elah.
Haaaaa yang ni lawak! Can you imagine rupa aku naik lif siap ngan pegang kasut high heels kat tangan?
Agaknyaa kalau ada orang nak rompak aku ah en, sekali aku ketuk dengan high heels tu terus mati jadi pontianak aku rasa! Mana taknyaaa, dia punya tumit tu dah macam paku dohh. Dah ah panjang dan tajam!
Sampai rumah Elah memang bergelak ketawa ahhh hahahaha.
Okayyy now cerita hari masa Graduasi pulakkkk!

Acah-2 set alarm nak bangun awal sebelum pukul 6. Last-2, pukul 6 gak ahh aku bangun.
Dah siap semua, tang shawl yang payah sikit ni! Eh, bukan payah sikit. Payah banyak doooo!
Almaklumlah, dah lama tak pakai shawl. So agak kekok sikit. Makanyaaa aku main pakai taram tembak dan akhirnyaaaa jadilah rupa kayakkk gitu yang aku pakai haaa.
Sakit tangan dohh macam umpama tangan aku terpusing-2 macam roller coster!
Dah siap semua abah pun dah huhahuha suruh cepat. Ye abah, ye maaaa dah nak siap ni!
Jappppp nak pin haaa! Kasut lagi tak pilih lagi sebab ada dua pilihan. Satu ala-2 kasut boat *boat ke but eh?* tapi high heels ah! Lagi satu pun sama tapi rendah sikit haaaa.
Takleh blah tu aku siap buat spare kasut sarung. Almaklumlah, aku ni mana biasa pakai kasut camni haih!
Dah otw baru nak keluar lorong kat rumah aku. Leyka call ajak naik dia sekali sebab kereta dia kosong. So, naik Leyka pulak ahhh, lagipun kebetulan kereta abah terserempak dengan kereta mak leyka. So, naik dia ah!
Sampai je kat Hotel Premiere, Bukit Tinggi, Klang. You know what? Rasa cam tanak turun!!!
Sepanjang jalan nak masuk hotel aku peluk Leyka sebab malu. Haiyoooo.
Masuk dalam je, halamakkkk! Punyalah kemain baju gila kawkawkaw ayam cam janda meletop kebaboom!
Lawa ah doh pakaian dorang siap ngan make up ah kasut ah semua sekali ah. Dari atas sampai bawah lawa!
Jalan-2 cari Ria Elah Jieha kemain haihhhh mana depa ni ?!
Pastu akhirnya jumpa depa then makan pastu masuk ballroom tempat yang kitaorang akan duduk.

Dah duduk semua..
Walau raga kita terpisah jauhh, tapi hatiku tak selalu blablablabla aishiteruuuuu~
Terpisah jua akhirnya aku dengan Jieha dan Elah. Nasib tak terpisah ngan Leyka dan Ria. Almaklumlah, tempat duduk dah ditetapkan.
Sementara menunggu vvip datang..





Kau tahu tak tempat duduk aku kat ne?!
Tempat duduk aku kat belakang sekali!! Sedih ah weyh :( Dengan dengan pintu utama pastu sebelah red carpet. Aiseyyyman hahahah.










Tu diaaaa~
Lelaki india yang bermisai tu ahhh VVIP nyaa. Namanyaaa seperti yang terangpangpang ada kat belakang tu haaa yang Encik Edmund Edward.



Suasana di dalam ballroom tu. Tempat kitaorang buat graduasi.
Tak sia-2 bayar RM 90 sorang ! Hahahahaahhaha
Dah ah tukang serve air makanan semua handsome-2 belaka!
Tiap kali air tinggal sikit, kang mesti dorang terus datang tuang air. hahaha
Hatiku telah terpaut pada 'abang nasi' ! Sweet je muka dia haih!

Rasanya dari tadi aku tak tunjuk pakaian aku ngan kawan aku en! Nahhhhh see seeee :)



Anje Elah . Bie Ria . Sayang Jieha .



. M E .

Then, terus kena pakai jubah naik atas pentas ala-2 konvo tu haaaa. Tapi gambarnya takde ah kat aku. So, tak dapat nak tunjuk. Entah aku senyum ke tak masa amek gambar tadi kat pentas. Haha.



Muka lepas amek benda alah tu atas pentas.





 
Candid by Zaileen. Ya Allah, gini kaaaa muka aku gelak? Awat teruk bebenoooo haih !

Biar muka aku je hodoh, jangan sampai muka kawan aku yang lain hodoh.
Tu yang tutup muka Jieha tuh! Hehehe.




Okay , aku terpaksa pakai jubah sebab lepastu nanti kelas aku kena amek gambar siap berjubah. So, malas ah nak buka-2.

Tu diaaaa, waktu untuk makan dan dalam masa yang sama akan ada beberapa persembahan dari pelajar.








Makanan dia sedap katakauu! Ayam masak apa tah tapi sedap ah! Pastu udang galah masak sambal. Daging ah sayur ah pastu apa tah siap ngan dessert lagi.
Nak makan udang tu leceh ahhhh nak kopek. Sedih :( Nak pakai tangan tapi leceh pulak nak membasuh kang.




Dah habis makan so inilah masanya untuk bergambar suka hati mak bapak!


With bie.


With sayang.


Me. Sayang. Bie. Anje.
Kedingnyaaaaa aku -.-



With le ustaz !




Elah. Ria. Pn Ariza. Me. Pn Hasliza. Farah. Leyka.


Disebabkan dah terlalu sakit kaki. Aku buka kasut ni dan terus pakai kasut sarung hahahaahha.











Lepas dah habis semua. Aku Elah Jieha dan Ria pun terus ke Setia City Mall.
Act, Mizan ngan Wan pun tak sure nak gi sebenarnya. Pastu kebetulan Haris datang sebab nak jumpa gf dia. Razi pulak seharusnya datang sebab Ria ada.


With them at McD.
Tahukah anda? Aku umpama seorang gadis yang kesorangan tanpa peneman!
Tsk tsk. Wahai putera katakku, datang ah dikau menemani aku :(
Tapi, apakan daya.. Bukan takat Putera Katak tak datang, dengan katak-2 sekali tak datang kat aku haih.
Takpelah, dah biasa dahhh hahaahahah.
Yang geramnyaaaaa. Toleh kanan, Ria tengah ala-2 gusti Razi. Pandang depan pulak Elah ngan Mizan gaduh pasal air pancut kat belakang dorang. Toleh kiri ? Wan dengan Mizan tengah sweet-2.



Jieha and Wan.



Ria and Razi.



Elah dan Mizan.

Siapakah yang paling sweet? Jeng jeng!
Untuk undian, sila taip SWEET *nama pasangan* dan hantarkan ke 12696.
Peserta yang mendapat undian yang terendah terpaksa disingkirkan pada minggu hadapan!









Malas nak taip dahhhh.
So, ini je lah! Apa pun memang best gilaaa sebab haritu sehari suntuk ngan dorang. Dari matahari terbit hingga ah matahari terbenam! Cewaahhhh. 




Assalamualaikum. 

Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment