Kalau nak cari yang sempurna, bukan disini. Pergilah cipta satu watak dan jadikan watak itu sesempurna yang kau inginkan. Aku, kau dan mereka tak sempurna di mata Tuhan. Ingat tu.

Monday 16 November 2015

Nov 2015

Assalamualaikum 
Oh yaaa, minggu lepas 7hb kitaorang ber’picnic’ (I guess?) dan dalam masa yang sama kami plan untuk sambut birthday Elah, Mizan dan Azrul yang lahir pada bulan Nov. Kira 3 dalam 1 lah kan?

1. Jumpa dan luangkan masa bersama.
2. Acah acah picnic.
3. Sambut birthday (walaupun masih awal)

Kitaorang plan buat kat dataran bawah shah alam yang ada padang besaq padang bola tuh. Kira macam open lah kan? Dekat dengan pokok dan meja semua. Yang birthday girl and boys ‘diasingkan’ dulu. Yelahhhhhhh, kan nak acah acah surprise walaupun lepastu dah tak surprise sebab for sure ah depa boleh agak! First, sebab aku terkantoikan hahahahahahahaha my fault! Second, sebab kami plan jumpa bulan Nov dan semua wajib ada (susah kot nak jumpa since memasing kerja dan belajar). Third, Mizan dah perasan which is dia ternampak kawan yang lain tengah set up tempat.

Alhamdulillah, semuanya cantik depa buat. Tapi, ada sesuatu yang tak sepatutnya berlaku. Tak perlu ah ka cerita? Sebab aku nak cerita yang manis manis je! Hikss. Then, tetiba angina kuat gila nak mati kot sampai tong sampah yang besar pun jatuh. Kain kain semua terbang mengerbang dengan barang kitaorang semua terbang. Balloon pun sama haaaa. Kelam kabut semua selamatkan! Tetiba hujan turun dengan lebat. Memasing  terus cepat2 kemas barang semua tutup makanan pastu pindah masuk dalam kereta. Waktu terus sumbat je barang hahahah. Memasing dah takda rupa dah hahaha dengan makanan terkena dengan baju ah tangan ahhh. Takde masa nak lawa dah! Elok pakai lelawa, masuk dalam kereta terus jadi haru biru dengan tudung tak betul, baju basah dan baju kotor!

Plan bertukar.  

Sekarang ni kita ada lagi dua plan.

1. Buat dekat tempat karaoke.
2. Buat dekat tempat berbumbung kat tepi tasik.

Pastu, ada plan tambahan. 

3. Pi sunway tengok wayang.

Perbincangan ;

1. Kalau tempat karaoke, nanti makanan boleh bawa masuk ke? Lagi satu, bukannya semua orang nak nyanyi punnnnnnnnnnn. Last last, tempat tu gelap nanti nak amek gambar tak lawa!
2. Kena cari pondok yang sesuaiiiii dan kita still boleh ala ala ber’picnic’.
3. Nak tengok cerita apa? Nanti tak banyak masa utk kita berborak. 
Masa jadi singkat dan jauh sikit.

Jawapannyaaaaaaaaaaaaaa, pergi tasik yang ada pondok dan jumpa! Walaupun kena berjalan kaki jauh sikit dari kereta dan kena angkat barang hhaahhahaha. Masalahnya, kena lalu kat jambatan yang sangat panjang dan banyakkkkkkk. Jambatan ke tu eh? Ke titi? Lulzsss hahahha Xd At first, aku takut sebab bawah tu betul-2 tasik dan jambatan jadah tu panjanggggg k. Aku asyik terbayang kalau benda tu jatuh atau tak kukuh macam mana? Aku dah lah tak reti berenang. Pastu aku angkut banyak barang. Macam mana aku nak selamatkan diriiiii?! Nasib baik aku tak pakai kasut tinggi sebab macam agak bahaya.Padahal bawa je kasut tinggi tapi letak kat dalam kereta ja lah. Senang sikit nak berjalan en? Bukan takat berjalan, berlari pun boleh.

Dah sampai. Okay cun, tempat pun lawa. So, memasing set up tempat. Nasib baik masa dah sampai tu hujan dah reda. Makanan semua pun bawa keluar. Makanan tu semua memasing bawa hahaahah Xd Makanan sangat banyakkkkkkk k. Cheese tart (elah), jagung kukus (mizan), spagethi (jiha), ayam goreng (ria), pavlova (wan), air bergas (mira) dan aku bawa cupcakes (untuk birthday) dengan pisang goreng yang dibeli masa singgah seksyen 19 hahahaah Xd Malangnya, cupcakes yang dah buat lawa lawa dan letak dalam bekasnya dah takde rupa sebab masa kat dataran tu dah makan sikit pastu dalam kereta pun makan pastu masa otw nak bawa ke pondok tu dah comot.  Yang pompuan semua settlekan makanan letak dan letak dalam pinggan. Yang laki ada yang setting camera atas stand (kena pakai stand biar semua muka masuk dalam gambo), isi air, kemas-2 tempat.

Alhamdulillah dah sette semua! Tapi takleh makan lagi! Sebab kena bergambo dulu hahahahahaa. Bergambo je dah bape puluh minit. Kesian yang laki sebab dah lapo. Lepastu, baru boleh makan. Tengah makan tu leyka call kata dah sampai. Act, masa set up tempat dengan bergambo tu leyka asyik call sebab tatau jalan nak ke tasik tu. Jadi, razi jadi mangsa untuk explain hahahahahaha Xd Bila leyka kata dah sampai, aku pi amek dia dan dalam masa yang sama explain balik tempat kitaorang park kereta dan apa jenis kereta kitaorang bawa. Hahahahah sampai camtu sekali! Sebab nak make sure leyka datang kat tempat yang betul. Yelah, shah alam kan jalannya berpusing pastu banyak tasik! Masa otw nak pi kat leyka tu jangan cakap ah aku punya takut nak jalan sorang-2 kat jambatan tu. Laju je aku jalan hahaha sampai dah tak takut dah sebab leyka teman dalam call hahahaha Xd Dah nak sampai tempat  parking, terus nampak kereta Leyka. Aku dah horeyyyyy kemain dah. Kalau boleh nak menari poco poco masatu.

Uishhhhh leyka bawa makanan! Bawa kfc dengan satu kotak besar yang aku tatau apa benda. Bahagianyaaaa rasa. Kami tak minta leyka bawa papepun sebab dia pun baru balik kerja petang tu.  Nasib baik leyka tak pakai baju chef heheheh Tapi apadahal sebab baju chef dia tu warna putih gak. Oh yaaaa, tema kami hitam putih untuk hari itu! Sampai je kat pondok tu terus ajak leyka makan. Pastu leyka suruh elah bukak kotak tu sebab elah pernah cakap nak benda tu masa birthday dia. Bila bukak jeeeeee. Brownies! Uishh chef Zulaikha ni makin hebat hehehhe Xd Masatu ramai ja termasuk aku yang tatau brownies tu apa. Rupanya brownies tu macam ala ala biskut dengan kek. Eh? Camtu ke? Kek ke apa tahhh.  Rasanya sedap! Okay my first try untuk brownies leyka sangat sesuai dengan tekak saya.

After that, kemas kemas barang semua sebab dah nak gelap. Tapi kfc leyka tak makan lagi so kitaorang plan nak sambung second round pulak dekat dataran pastu boleh bergambooooooo lagi. Aku terus naik leyka sebab leyka sorang sorang pastu ajak elah dengan mira naik sekali. Before that, singgah masjid dulu.

Sampai je dataran, dorang yang lagi dua kereta tu dah sampai dulu pastu dah cari tempat. Sampai je, Ria mintak minyak kat aku sebab mizan kena sengat lebah. Eh, sengat eh? Masatu boleh tahan sakit ah gak tengok mizan. Razi kot tak silap sapukan minyak kat belakang badan mizan.Kami yang tengok ni macam aduhhhh aduhhhh adududududududuhhhh.

Bawa keluar makanan yang belum habis semua pastu macam biasa camera kena set up dulu. Sekali,camera wan habis bateri. Nasib elah bawa camera jugak! Pastu makan makan semua pastu berborak dengan merepek kerepek bagaiiiii. Bestnya rasa sebab susah kot nak jumpa semua. Yelah, ada yang belajar kat perak lah melaka lah. Pastu kerja lagiii. Kiranya, masa yang kitaorang spend time tu bagi aku.. Sangat sangat berharga. 

Dan seperti biasa, terusssss bergambooooooooooooooooo sampai kesudah! Hahahhahah. 










































Okay, wahai banggali semua.. Thank you for this memories. Walaupun pada awalnya agak pahit. Tapi, Allah berikan kemanisan selepas itu. You guys memang awesome. Kita pun dah berkawan rapat since form 3. Then,start form 4 kita dah banyak spend time and do many things together. Walaupun kita semua lain lain sekolah.  Tetiba terasa nak throwback our memories. So, wait for next entry!

Love yaaaa! Xoxo 

Thanks to Miera, Leyka and Iz for coming and join us :)

p/s ; Minta ampun yaa sebab aku amek gambaq random. Banyak sangat gambar ni haaaa. Nak pilih pun payahhh.


Thanks sudi baca entry kali ni. Muahh sikit! Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment